Nov 28

LAWATAN PENASIHAT PERTAHANAN DAN PENOLONG PENASIHAT PERTAHANAN ASING NEGARA-NEGARA SAHABAT KE PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU

KOTA KINABALU 27 Nov, Lawatan oleh Penasihat Pertahanan dan Penolong Penasihat Asing Negara-Negara Sahabat ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Seramai 23 orang delegasi daripada Military Atache Corps (MAC) yang diketuai oleh Col Stephen James Hall selaku Dekan MAC dan Brigedier Jeneral Anuar bin Ali, Direktorat Keselamatan dan Risik Balas Markas ATM. Lawatan dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas Panglima Armada Timur oleh Ketua Delegasi serta 4 orang Penasihat Pertahanan Asing dari pelbagai negara iaitu Bangladesh, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Korea. Para delegasi turut ditaklimatkan oleh 3 agensi iaitu TLDM, Task Force 450, Tentera Darat Malaysia dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). Setiap taklimat menerangkan fungsi dan peranan agensi masing-masing khususnya dalam melaksanakan tugas bagi membanteras jenayah dan pencerobohan. Setiap taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab.

IMG 20171127 WA0018
Kunjungan Hormat ke atas PA Timur

IMG 20171127 WA0032
Taklimat oleh TLDM

IMG 20171127 WA0038
Sesi Ramah Mesra

IMG 20171127 WA0036
Sesi Bergambar

Dekan MAC menyatakan beliau sangat mengkagumi Malaysia dengan pelbagai usaha yang diwujudkan dan kerjasama yang erat di antara agensi bagi mengekang jenayah dan aktviti rentas sempadan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Rujukan: 281117/02
Sumber: PTKK
Artikel: PTKK
Jurufoto: PTKK

Last modified on Tuesday, 28 November 2017 00:41

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 12

Semalam 413

Bulan ini 3557

Keseluruhan 343866

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM