Nov 28

FAIR WINDS AND FOLLOWING SEAS, MARKAS PANGKALAN LUMUT

Lumut, 28 Nov 17 – Majlis Jasamu Dikenang, Fair Winds and Following Seas telah berlangsung di Dewan Makan D20, KD MALAYA. Seramai 54 orang pesara telah dijemput bagi menghadiri majlis ini. Para pesara terdiri daripada Anggota TLDM dari Markas Pangkalan Lumut (MkPL) serta unit di bawah naungan MkPL. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Laksamana Pertama Syed Ahmad Hilmi bin Syed Abdullah, Panglima Logistik Barat. Majlis ini merupakan satu simbolik ucapan terima kasih daripada warga The Navy People kepada para pesara. YBhg Panglima Logistik Barat telah menyampaikan ucapan terima kasih mewakili pemerintahan TLDM kepada para pesara dan berharap agar mereka terus komited dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi di luar sana.

1
Ketibaan Panglima Logistik Barat 
2

Nyanyian Lagu Negaraku dan Samudera Raya 
3

4
Ucapan Panglima Logistik Barat
5

Tetamu Yang Hadir

6

7
Penyampaian Cenderahati Penghargaan

8

9
Sesi Bergambar

Selain itu, pengimplementasian teras hala tuju KEMENTAH iaitu teras kebajikan dizahirkan melalui majlis ini. YBhg Panglima turut memaklumkan bahawa pihak kerajaan sentiasa peka dengan hal-hal kebajikan para pesara ATM dan sering melaksanakan penambahbaikan dalam usaha menjamin mutu khidmat kebajikan yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada mereka. YBhg Panglima telah menyampaikan sijil kepada semua pesara. Pemberian sijil ini adalah simbolik kepada jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan didalam Tentara Laut Diraja Malaysia. Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi. 

Rujukan: 281117/03
Sumber: Markas Pangkalan Lumut (MkPL)
Artikel: Lt Dya Siti Norlela binti Moh Salleh PSSTLDM 
Jurufoto: BM TLR Firdaus bin Che Omar

Last modified on Tuesday, 28 November 2017 08:17

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 12

Semalam 413

Bulan ini 3557

Keseluruhan 343866

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM