Nov 30

PROGRAM BERKHATAN ANAK-ANAK WARGA PANGKALAN TLDM LUMUT

Lumut, 29 Nov 17 – Seramai 100 anak warga Pangkalan TLDM Lumut menyertai majlis berkhatan beramai-ramai yang berlangsung di Dewan Solat Fardhu & Jumaat Sementara A38. Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Markas Pangkalan Lumut yang dianjurkan bersama KAKEP Lumut dan 96 HAT Lumut. Objektif utama diadakan majlis berkhatan beramai-ramai ini adalah bagi mewujudkan suasana kekeluargaan antara komuniti setempat dan semangat kerjasama antara unit-unit dalam Pangkalan TLDM Lumut.

1
Penyampaian Cenderahati Penghargaan 
2

3
Kanak-kanak di mandikan 
4

5

6
Ibu bapa Yang Hadir
7

Sesi Bergambar

Majlis dirasmikan oleh Laksamana Pertama Dato’ Pahlawan Alias bin Baharuddin, Komander Pangkalan Lumut. Turut hadir adalah Pengerusi Masjid An-Nur, Laksamana Pertama Anuar bin Hj Alias, Panglima PASKAL. Program tersebut dimulakan dengan majlis doa selamat, penyampaian cenderahati kepada peserta dan acara bergambar. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan acara mandi beramai-ramai yang turut dibantu oleh Bomba KD MALAYA.

 

Rujukan: 301117/01
Sumber: Markas Pangkalan Lumut (MkPL)
Artikel: PBT KGT NIK MOHAMAD AZRAIEN BIN ABDUL RAHIM
Jurufoto: PBT KGT NIK MOHAMAD AZRAIEN BIN ABDUL RAHIM

Last modified on Thursday, 30 November 2017 00:57

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 10

Semalam 413

Bulan ini 3555

Keseluruhan 343864

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM