Dec 02

TLDM ANJUR MAJLIS FAIR WINDS AND FOLLOWING SEAS RAI PESARA TLDM

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Majlis Fair Winds and Following Seas Zon Lembah Klang dan Zon Selatan telah dilaksanakan di KD SRI GOMBAK.  Sempena majlis tersebut, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin telah meluangkan masa untuk bertemu dengan pesara-pesara TLDM.  Seramai 132 pesara telah menghadiri ke majlis yang penuh bermakna ini.  Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengenang jasa dan pergorbanan yang telah dicurahkan oleh pesara TLDM dalam memastikan tahap kesiapsiagaan perkhidmatan TLDM sentiasa dalam keadaan terbaik.  Sempena majlis tersebut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman telah menyampaikan Sijil Simpanan Premium BSN beserta Sijil Penghargaan TLDM kepada pesara. Turut hadir menyaksikan majlis Pegawai-pegawai Kanan dan warga TLDM yang berkhidmat di sekitar Lembah Klang.


DaftarSuasana para pesara mendaftar kehadiran di Anjung KD SRI GOMBAK

Sembang
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman mengucapkan terima kasih serta   
memberi kata semangat kepada pesara yang hadir

CN Berucap
PTL menyampaikan ucapan bagi meraikan pesara yang telah banyak berjasa
kepada negara ketika dalam perkhidmatan  

Pesara
Antara pesara yang hadir memeriahkan majlis yang penuh bermakna

Sijil1
Menyampaikan Sijil Simpanan Premium BSN beserta Sijil Penghargaan TLDM
kepada wakil pesara berpangkat Pegawai Waran 1

Sijil2
Menyampaikan Sijil Simpanan Premium BSN beserta Sijil Penghargaan TLDM
kepada wakil pesara berpangkat Pegawai Waran II


Sijil3
Menyampaikan Sijil Simpanan Premium BSN beserta Sijil Penghargaan TLDM 
kepada wakil pesara berpangkat Bintara Kanan


Sijil4
Menyampaikan Sijil Simpanan Premium BSN beserta Sijil Penghargaan TLDM 
kepada wakil pesara berpangkat Bintara Muda

Sijil5

Menyampaikan Sijil Simpanan Premium BSN beserta Sijil Penghargaan TLDM 
kepada wakil pesara berpangkat Laskar Kanan Ke Bawah

AKS SM Ramah

Berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra 

Aks Ramah

Group Photo
Tanda ingatan.. Pengurusan Tertinggi TLDM bergambar bersama pesara yang hadir 



Rujukan: 301117/02
Sumber: MTL-Caw. Komunikasi Strategik
Artikel: P/PW I PNK Md Nasir Mohamed
Jurugambar: LK I TNL Mohd Hafefzul

Last modified on Monday, 04 December 2017 08:51

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 12

Semalam 413

Bulan ini 3557

Keseluruhan 343866

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM