Dec 04

KEJOHANAN MENEMBAK ANTARA AGENSI DAN MEDIA 2017 DI PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU

Teluk Sepangar 2 Dis 17 – Markas Pemerintahan Armada Timur dengan jayanya telah menganjurkan Kejohanan Menembak Antara Agensi dan Media 2017, bertempat di Kompleks Menembak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu. Tujuan utama Kejohanan Menembak ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara agensi kerajaan, awam dan tidak ketinggalan untuk meraikan sahabat-sahabat petugas media.

1
Panglima Armada Timur bergambar bersama tetamu jemputan dan peserta-peserta yang terlibat
2
Pemenang Individu Lelaki telah disandang oleh Koperal Joseph Balang dari Pasukan Gerakan Am (PGA)
3

4

5
Para peserta dari pelbagai agensi sedang mempamerkan kemahiran menembak masing-masing semasa pertandingan sedang berlangsung
6

7

8
Peserta-peserta mempamerkan medal kejohanan yang telah disampaikan oleh Panglima Armada Timur dan diiringi oleh Panglima Logistik Timur

Kejohanan ini telah disertai oleh pasukan dari TLDM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA – PDRM), Imigresen, Sabah Shooting Assosiation (SSA), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan rakan-rakan media. Format pertandingan adalah penembakan pistol jatuh piring dalam jarak 20 meter. Penyampaian hadiah dan medal kejohanan kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman.

Senarai kategori pemenang adalah seperti berikut:

1. Pemenang Kategori Berkumpulan Lelaki:
    a. Johan – TLDM
    b. Naib Johan – PDRM
    c. Ketiga – SSA
2. Pemenang Kategori Berkumpulan Wanita:
    a. Johan – PDRM
    b. Naib Johan – TLDM
    c. Ketiga – Imigresen
3. Pemenang Individu Lelaki:
    a. Johan – Koperal Joseph Balang (PGA)
    b. Naib Johan – Dickson David Biling (SSA)
    c. Ketiga – PW II Benet Anak Apuk (TLDM)
4. Pemenang Individu Wanita
    a. Johan – Leftenan Suwaibah binti Abd Aziz (TLDM)
    b. Naib Johan – Masum binti Jabar (PGA)
    c. Ketiga – Inspektor Norliana binti Hussein (PDRM)
5. Johan Keseluruhan – TLDM

Turut hadir YBhg Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Ir Ow Kiat Bin,  Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sabah, YBhg SAC Mohamad Zulkarnain bin Abd Rahman dan  Pemangku Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, YB Dato’ Yakub Khan serta pegawai-pegawai kanan daripada agensi-agensi yang terlibat.


Rujukan: 041117/01

Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: Markas Pemerintahan Armada Timur     
Jurufoto: Markas Pemerintahan Armada Timur  

Last modified on Monday, 04 December 2017 01:33

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 12

Semalam 413

Bulan ini 3557

Keseluruhan 343866

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM