Dec 04

SEARCHING FOR SIMULATED SUBMARINE CASUALTY EXERCISE (SMASHEX 6/17)

KOTA KINABALU, 29 Nov 17 - Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) telah melaksanakan Searching for a Simulated Submarine Exercise Siri 6/2017 (SMASHEX 6/17) bermula 25 hingga 29 Nov 17. Tim Pemantau dan Tenaga Pengajar diketuai oleh Kdr Azizan bin Mat Jan TLDM selaku Ketua dan dibantu oleh Kdr Hairul Fahmy bin Yob TLDM. Pelaksanaan SMASHEX sekurang-kurangnya sekali setahun adalah penting kepada negara-negara pengendali kapal selam. Ianya bertujuan memberi pendedahan dan mengkoordinasikan keperluan serta mewujudkan kesefahaman antara semua pihak terlibat dalam SUBSAR Op dan Submarine Escape and Rescue (SMER). Justeru, operasi mencari dan menyelamat kapal selam (SUBSAR Op) memerlukan pemerintahan dan kawalan (command and control) serta kerjasama dari semua pihak dalam usaha menyelamat warga kapal selam yang terperangkap.

1
Taklimat SMASHEX 6/17 oleh AKS Ops dan Pep
2

Taklimat Oleh Ketua Tim di Kapal Penyelamat Mega Bakti

SMASHEX Siri 6/17 mula diaktifkan pada 25 Nov 17 iaitu bermula jam 1800H. Senario latihan bermula pada jam 1810H, dimana Pusat Kawalan Kapal Selam (PKKS) tidak menerima sebarang komunikasi dan laporan dari kapal selam KD SABAH (KD SAB) yang sepatutnya berhubung dgn PKKS pada jam 1800H. Tepat jam 1900H PKKS mula membuat laporan akan hal tersebut kepada Penguasa Operasi Kapal Selam (POKAS). Dalam masa ini Asisten Ketua Staf Operasi dan Peperangan (AKS Ops dan Pep) dan Ketua Cawangan Submarine Escape and Rescue (SMER) telah mengambil tindakan segera dengan meletakkan “ALERT” (Latihan) di dalam sesawang ISMERLO dan menghebahkan berita kehilangan KD SAB kepada semua asset TLDM di kawasan sekitar. Pegawai Operasi telah membuat persediaan kawat Submarine Missing (SUBMISS) (latihan) untuk dihantar. PKKS berterusan membuat Submarine Safety Communication Check (COMCHECK) tetapi tiada balasan dari KD SAB. Pusat Menyelamat Utama ditubuhkan segera dan kawasan carian & menyelamat diputuskan berdasarkan posisi terakhir KD SAB berkomunikasi dengan PKKS. PKKS berterusan cuba berhubung dengan KD SAB walaupun masih tiada balasan. 4 buah kapal permukaan TLDM diaturgerak ke tempat kejadian.

3
Persediaan Krew Penyelamat menggunakan Under Water Telephone
untuk komunikasi dengan KD SAB
4

ROV diturunkan untuk kerja-kerja mencari lokasi
5

Staf sedang memerhati ROV dalam usaha Menyelamat
6

Submarine Crew Recovery
7

Submarine Crew Rescue Treatment
8

Majlis Penutup SMASHEX Siri 6/17

Senario ini diteruskan dengan mengeluarkan arahan notis 24 jam diberikan kepada DSV MEGA BAKTI (MB) iaitu kapal pencari dan penyelamat sewaan TLDM bermula jam 252300H Nov 17 - Pihak pengurusan iaitu POKAS, AKS Ops dan KC SMER membuat taklimat Ops SUBSAR pada jam 260900H Nov17.
262100H Nov 17 - Notis 2 jam perintah pelayaran diberikan kepada MB dan semua peserta dikehendaki melapor ke MB.
262300H Nov 17 - MB keluar belayar ke lokasi SAR dan dijangka tiba pada 270600H Nov 17. Dalam operasi mencari dan menyelamat ini, MB telah diarahkan mengenalpasti 5 lokasi kedudukan KD SAB yang terhampir dengan menggunakan Under Water Telephone (UWT) dan GPS Intelligent Bouys System (GIB).

271030H Nov 17 - Lokasi KD SAB berjaya dikesan iaitu tenggelam di posisi 06⁰30 Utara dan 115⁰ 25 Timur pada kedalaman 250 meter.
Kerja-kerja menyelamat dengan kaedah memanjangkan tempoh hidup diteruskan oleh kru SMER-Intervention (SMER-I) MB dengan melaksanakan Demontrasi Keupayaan SMER-I. SMASHEX 6/17 berjaya dilaksanakan sepenuhnya pada 291030H Nov 17.

Rujukan: 041217/03
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel: PW I TLR Muhammad Ilyas bin Yajid
Jurufoto: PW II TLR Zulkefeli bin Mat Jusoh

Last modified on Monday, 04 December 2017 09:19

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 12

Semalam 413

Bulan ini 3557

Keseluruhan 343866

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM