Dec 05

KEJOHANAN INDOOR HOCKEY ANTARA PERKHIDMATAN ATM 2017

SUNGAI BULOH, 5 Dis 17 – Kejohanan Indoor Hockey Wanita Antara Perkhidmatan ATM 2017 telah berlangsung dengan kemenangan berpihak kepada pasukan TLDM (3) manakala TDM (1). Kejohanan Indoor Hockey Antara Perkhidmatan ATM tahun ini dianjurkan oleh Persatuan ATM 29 Nov hingga 5 Dis 17. Turut hadir bersama Laksma Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah Pengarah Kanan Kejuruteraan, Markas Tentera Laut – JUTRA selaku Mentor Indoor Hockey TLDM memeriahkan lagi acara serta memberi semangat kepada atlet-atlet TLDM yang bertanding.

2017 12 05 PHOTO 00006929
Laksma Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah bersama pengurus dan pemain indoor hockey wanita setelah tamat perlawanan akhir
2017 12 05 PHOTO 00006943
Aksi pemain hoki wanita ketika perlawanan akhir

Dilihat saingan yang diberikan oleh para pesaing kali ini amatlah sengit terutama daripada pasukan TDM. Dengan kemenangan Pasukan Indoor Hockey Wanita telah menjadikan TLDM secara tidak rasmi Juara Keseluruhan bagi tahun ke-10 berturut-turut Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan ATM. Majlis Penutup Kejohanan Indoor Hockey Antara Perkhidmatan ATM 2017 telah disempurnakan oleh Brig Jeneral Abdul Malik bin Jiran Panglima Briged Ke 12 Infantri Malaysia.
Syabas dan Tahniah diucapkan.


Rujukan: 051217/01
Sumber: Sekretariat LEKAS
Artikal: Sekretariat LEKAS
Jurufoto: Sekretariat LEKAS

Last modified on Tuesday, 05 December 2017 09:09

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 11

Semalam 413

Bulan ini 3556

Keseluruhan 343865

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM