Dec 07

MAJLIS JASAMU DIKENANG – FAIR WINDS FOLLOWING SEAS PTKK 2017

Teluk Sepangar 5 Dis – Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman telah menyempurnakan penyampaian cenderahati serta sijil penghargaan kepada 23 orang pesara dan bakal pesara TLDM di dalam Majlis Jasamu Dikenang Fair Winds Following Seas di Dewan Serbaguna, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Majlis meraikan pesara dan bakal pesara TLDM ini telah dianjurkan oleh Markas Pemerintahan Armada Timur di bawah seliaan Pegawai Waren Markas, PW I KOM (I) Khusairi. Seramai 23 orang pesara dan bakal pesara telah hadir dalam majlis ini dan telah diraikan dengan penuh simbolik sesuai dengan tradisi TLDM. Majlis ini bukan sahaja diadakan untuk meraikan hari persaraan mereka tetapi lebih kepada simbolik rasa penghargaan dan terima kasih TLDM kepada pesara di atas keteguhan mereka menabur jasa sepanjang perkhidmatan mereka. Dalam ucapannya, Panglima Armada Timur telah menyatakan bahawa TLDM tidak sekali mengabaikan kebajikan kepada pesara TLDM malah akan terus komited dalam memberikan bantuan selayaknya. Justeru, para pesara yang diraikan turut menerima Sijil Simpanan Premium BSN yang disampaikan oleh Panglima Armada Timur.

1
Panglima Armada Timur beramah mesra bersama
pesara dan bakal pesara TLDM

2
Acara bergambar bersama pesara, bakal pesara
dan warga Armada Timur

3

4
Penyampaian sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium BSN
oleh Panglima Armada Timur

5

6
Acara bersalaman bersama pesara dan bakal pesara TLDM

Selain daripada sambutan paluan kompang dan iringan bunga manggar, majlis ini turut diserikan lagi dengan alunan muzik-muzik daripada Terumbu Band yang secara tidak langsung menambahkan lagi keceriaan majlis. Pesara dan bakal pesara ini turut berpeluang untuk beramah mesra bersama Panglima Logistik Timur, Panglima Angkatan Kapal Selam serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai memerintah unit di bawah naungan Markas Pemerintahan Armada Timur yang turut hadir meraikan mereka. Seperti yang dikatakan oleh Panglima Armada Timur, majlis seumpama ini adalah yang pertama beliau hadiri untuk menzahirkan rasa bangga dan tahniah kepada semua yang terlibat. Akhir kata dari meja juruacara, TERANGKAI KALUNGAN BUDI, TERSIMPUL KENANGAN SUCI. “SEDIA BERKORBAN” 

Rujukan: 071217/01
Sumber: KOMUNIKASI STRATEGIK ARMADA TIMUR
Artikel: BK KOM SAIANIN AMIN
Jurufoto: KOMUNIKASI STRATEGIK ARMADA TIMUR

Last modified on Thursday, 07 December 2017 01:13

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 12

Semalam 413

Bulan ini 3557

Keseluruhan 343866

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM