Dec 07

MUKHAYYAM ANAK SOLEH PINTAR 2017 PERINGKAT BAHEIK LEMBAH KLANG

Hulu Langat, 7 Dis 17 - Anak-anak adalah aset terpenting bagi sesebuah keluarga yang diamanahkan oleh Allah SWT terhadap setiap pasangan ibu bapa. Justeru amanah ini perlu di pikul oleh setiap pasangan ibu bapa dengan mencorakkan mengikut acuan Islam yang ditentukan oleh Allah SWT dan Nabi SAW bagi melahirkan generasi islami pewaris para nabi. Dewasa ini keruntuhan akhlak di kalangan muda mudi menjadi tajuk-tajuk penting di media-media dan turut dirasai kekalutannya oleh para ibu bapa yang sayangkan generasi bakal pimpinan masa depan.
Menyedari hakikat ini, maka pada tahun ini, KD SRI GOMBAK telah menganjurkan MUKHAYYAM ANAK SOLEH PINTAR 2017 PERINGKAT BAHEIK LEMBAH KLANG bermula 5 hingga 7 Dis 2017 di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat yang disertai seramai 61 peserta di kalangan anak-anak The Navy People seusia 9 hingga 17 tahun. Di antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini ialah:

1) Memberi kefahaman kepada peserta ke arah pembangunan jasmani, rohani, intelektual, emosional yang berseuaian dengan kehendak agama.
2) Mengisi keperluan spiritual dan ruhiyyah, hafazan dan zikir serta selawat ke arah remaja yang dinamik dan berdaya saing.

20171207 151706
Antara Aktiviti Yang Dilaksanakan

20171207 151826
Majlis Penutup Yang Disempurnakan Oleh Pegawai Laksana
KDSG dan Sesi Bergambar

Pihak penganjur telah melantik Ultimate Success Consultancy bagi mencapai dan menggapai objektif yang diharapkan agar dapat dijiwai oleh para peserta program seterusnya membentuk akhlak dan keperibadian remaja muslim seperti yang dimpikan. Program selama 3 hari 2 malam ini berakhir selepas makan tengahari dan Majlis Penutupannya di sempurnakan oleh Pegawai Laksana KD SRI GOMBAK iaitu Lt Kdr Sasmi Hasanudin bin Shahbudin TLDM.

Rujukan: 071217/02
Sumber: KD SRI GOMBAK
Artikel: Lt Dya Abdul Basit bin Kamarudin TLDM
Jurufoto: KD SRI GOMBAK

Last modified on Thursday, 07 December 2017 08:03

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 12

Semalam 413

Bulan ini 3557

Keseluruhan 343866

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM