Dec 07

Kejohanan Skuasy Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017

PULAU PINANG, 7 Dis 17 - Pasukan Skuasy TLDM telah berjaya menjuarai Kejohanan Skuasy Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 hari ini. Kejohanan pada tahun ini telah berlangsung di Penang International Squash Centre, Pulau Pinang bermula 4 hingga 7 Dis 17. Dengan kemenangan pada tahun ini, Pasukan Skuasy TLDM telah mengekalkan kejuaraan bagi tahun ke-8 berturut-turut bagi kategori Berpasukan Lelaki dan tahun ke-4 berturut-turut bagi kategori Berpasukan Wanita.

IMG 20171207 WA0217
Pasukan Skuasy TLDM Wanita

IMG 20171207 WA0216
Pasukan Skuasy TLDM Lelaki

IMG 20171207 WA0215
Pasukan Skuasy TLDM Meraikan Kemenangan Tahun Ini

Keputusan keseluruhan Kejohanan Skuasy Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2017 adalah seperti berikut:

Kategori Berpasukan Lelaki:

a. Johan - TLDM
b. Naib Johan - TDM
c. Ketiga - TUDM

Kategori Berpasukan Wanita:

a. Johan - TLDM
b. Naib Johan - TDM
c. Ketiga - TUDM

Acara penutup kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Dato' Mohd Ramli bin Jaafar dan turut dihadiri oleh Laksamana Pertama Rusli bin Ahmad, Panglima Wilayah Laut 3 yang juga selaku Mentor pasukan Skuasy TLDM. Syabas dan Tahniah kepada Pasukan Skuasy TLDM.

Rujukan: 071217/03
Sumber: LEKAS TLDM
Artikel: LEKAS TLDM
Jurufoto: LEKAS TLDM

Last modified on Thursday, 07 December 2017 08:21

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 12

Semalam 413

Bulan ini 3557

Keseluruhan 343866

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM