Dec 21

PROGRAM JIWA MURNI KD LEKIU DI SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT AL-KHAIRIAH

Lumut, 18 Dis 17 – KD LEKIU telah melaksanakan Program Jiwa Murni di Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Khairiah Teluk Muroh, Lumut. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik di antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan komuniti awam dalam meningkatkan lagi imej KD LEKIU amnya dan TLDM khasnya di mata masyarakat setempat. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada warga TLDM untuk memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada masyarakat setempat. Ia juga merupakan satu medium bagi warga TLDM untuk menerapkan nilai murni menjaga kebersihan seterusnya berinteraksi dengan masyarakat dalam usaha untuk mendekatkan warga TLDM dengan komuniti luar. Beberapa skop kerja telah dilaksanakan antaranya melakukan pembersihan di kawasan persekitaran sekolah, melakukan cucian longkang yang tersumbat di sekitar kawasan sekolah, menyusun semula peralatan-peralatan yang terdapat di sekolah tersebut dan melupuskan peralatan yang telah usang dan rosak serta membaiki peralatan yang rosak namun masih boleh digunakan.

1
Pembersihan bilik darjah

2
Pembersihan dilakukan di hadapan bilik darjah

3
Pembersihan kawasan sekitar 

4
Pembersihan laman hadapan sekolah

5
Membaikpulih peralatan sekolah yang usang

6
Melakukan pelupusan barang lama

7
Ucapan terima kasih oleh Guru Besar Sek Ren Agama Rakyat Al-Khariah

8
Sesi bergambar warga KD LEKIU bersama warga sekolah

Program ini disertai oleh 60 warga kapal yang terdiri daripada 9 orang pegawai dan 51 anggota LLP bersama 4 orang guru daripada sekolah tersebut. Program jiwa murni ini telah di jalankan dengan lancar dan jayanya selain mencapai objektif yang disasarkan. Usaha murni sebegini akan terus dilaksanakan di masa hadapan demi kebaikan bersama.

Rujukan: 211217/02
Sumber: Perhubungan Strategik KD LEKIU 
Artikel: Lt M Lugman bin Pirmang TLDM
Jurufoto: Perhubungan Strategik KD LEKIU

Last modified on Thursday, 21 December 2017 07:22

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 134

Semalam 550

Bulan ini 7252

Keseluruhan 358044

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM