Dec 24

PERBARISAN DAN PERUTUSAN ULUNG PANGLIMA WILAYAH LAUT 1

Tg.Gelang, 22 Dis 17 - Perbarisan Ulung Panglima Wilayah Laut 1, YBhg Laksamana Muda Dato' Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad telah diadakan di padang kawad Pangkalan TLDM Tg. Gelang. YBhg Laksamana Muda Dato' Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad telah mengambil alih tugas PANGWILLA 1 secara rasmi pada 30 Okt 17 yang lalu.

1
Pemeriksaan ke atas platun oleh PANGWILLA 1

2

4Penyampaian Anugerah

5

6

8

Perbarisan yang telah berlangsung ini melibatkan 8 Platun yang terdiri daripada 1 platun Pegawai, 1 platun Bintara dan 6 platun Laskar Kanan ke bawah. Perbarisan ini juga turut disaksikan oleh kakitangan awam di MAWILLA 1. Acara di padang kawad diakhiri dengan sesi bergambar membentuk sauh dan tulisan "MWL 1" melibatkan warga MAWILLA 1 yang telah menjayakan perbarisan ulung ini. Majlis diteruskan lagi dengan acara di dalam Auditorium Al-Haimi, PANGWILLA 1 telah menyampaikan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu, Sijil Anugerah Bintara dan Laskar Berkualiti Suku Tahun Ke-3, Sijil Penghargaan Pertandingan Mengarang Esei Maritim Tahun 2018, Sijil Penghargaan Panglima dianugerahkan kepada Depot Logistik Wilayah 1 atas Pencapaian Bilangan Tertinggi Aset Armada Kategori 1 tahun 2017 dan Sijil Penghargaan Panglima dianugerahkan kepada KD HANDALAN atas Pencapaian Kesiagaan Kategori 1 Tertinggi bagi tahun 2017.

12Majlis Jasamu Dikenang

13

14

Panglima Wilayah Laut 1 seterusnya menyampaikan ucapan dan perintah ulung beliau di majlis tersebut. Majlis di teruskan lagi dengan meraikan pesara-pesara TLDM dalam Majlis Jasamu Dikenang. Seramai 50 orang pesara TLDM yang hadir dalam majlis tersebut. PANGWILLA 1 turut menyampaikan Sijil Penghargaan, Sijil Simpanan Premium dan cenderahati dari MAWILLA 1 kepada pesara-pesara TLDM. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama PANGWILLA 1.

Rujukan: 221217/02
Sumber: Perhubungan Raya MAWILLA 1
Artikel : Lt Muhammad Haziq bin Azhar TLDM
Jurufoto : Perhubungan Raya MAWILLA 1

Last modified on Thursday, 04 January 2018 02:23

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 134

Semalam 550

Bulan ini 7252

Keseluruhan 358044

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM