Dec 30

KD KEDAH TIBA BAWA BANTUAN MANGSA TAUFAN TEMBIN

ZAMBOANGA CITY, 29 Dis 17 – Kapal Diraja KEDAH (KD KEDAH) telah selamat tiba dan merapat di Naval Station Romulo Espaldo, Zamboanga City kira-kira pada jam 11.40 pagi tadi. Ketibaan kapal peronda TLDM itu disambut oleh Kolonel Mohd Fazly bin Mat Said, Team Site Leader TS-3 Malaysia International Monitoring Team (IMT) 12 dan En Mohd Ariff bin Mohd Ali, Pegawai dari Kementerian Luar Negeri (MOFA) yang kini sedang bertugas di wilayah Selatan Filipina.

Barang atas Kapal

Kru KD KEDAH bersedia untuk memunggah barang sejurus kapal tiba
di Jeti Naval Station Romulo Espaldo, Zamboanga City 
 

Kerjasama Angkat Barang

Anggota TLDM bersama anggota Tentera Filipina
bekerjasama memunggah barangan 

View atas Kerjasama

Pemunggahan membawa turun barangan dari KD KEDAH sedang dilakukan 

Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman bin Haji Ayob yang mengetuai misi bantuan kemanusiaan ke Zamboanga City telah melakukan kunjungan hormat terhadap Commander Naval Forces Western Mindanao (NFWM), Rear Admiral Rene V Medina AFP dan Commander Western Mindanao Command (WESMINCOM), Lt Gen Carlito G. Galves Jr AFP. Pelbagai perkara dibincangkan meliputi keadaan terkini mangsa-mangsa bencana Taufan Tembin dan juga aspek-aspek keselamatan di perairan Selatan Filipina.

Kunjungan Hormat

Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman (Kiri) ketika membuat kunjungan hormat
ke atas Rear Admiral Rene V Medina AFP, Commander Naval Forces Western Mindanao

Tukar Plaka KH

Pertukaran plaka sebagai tanda persahabatan yang erat 

Group Photo KH

Bantuan yang dihulurkan akan dapat mengeratkan lagi
hubungan diplomatik antara kedua-dua negara

Penyerahan bantuan telah disampaikan oleh Panglima Wilayah Laut 2 di geladak penerbangan KD KEDAH kepada Head of Office of Civil Defence (OCD), Manuel Ochotorena dan juga Assistant Regional Director, Department of Social Welfare and Development (DSWD), Mr Riduan Hadjimuddin.

Serah Bantuan

Datuk Abdul Rahman menyampaikan bungkusan kepada kepada Manuel Ochotorena,
Head Of Office of Civil Defence (Dua dari Kanan) dan Mr Riduan Hadjimuddin, Assistant
Regional Director, Department of Social Welfare and Development (Kanan) 

 

Rujukan: 291217/01
Sumber: KD KEDAH
Artikel: KD KEDAH
Jurugambar: Markas Pemerintahan Armada Timur 

 

 

 

Last modified on Saturday, 30 December 2017 23:25

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 134

Semalam 550

Bulan ini 7252

Keseluruhan 358044

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM