Jan 05

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH DEPOT SENGGARA ARMADA TIMUR

Kota Kinabalu, 4 Jan 18 – Telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah Depot Senggara Armada Timur antara Lt Kdr Mohd Firdaus bin Mohd Shariffuddin TLDM dan Kdr Ahmad Azrul bin Maridan TLDM bertempat di Auditorium Wisma Pelayaran Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK). Majlis yang penuh bersejarah ini telah disaksikan oleh YBhg Laksma Ir Ow Kiat Bin, Panglima Logistik Timur dan turut diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai Memerintah Kapal dan Unit-Unit di PTKK serta warga depot.

1
Upacara Menandatangani Sijil Serah Terima Tugas

Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas disusuli dengan upacara penurunan dan pemakaian Insignia Pegawai Memerintah yang telah disempurnakan oleh YBhg Panglima Logistik Timur. Majlis diteruskan dengan penyerahan simbolik pemerintahan Depot Senggara Armada Timur dan ucapan daripada YBhg Panglima Logistik Timur sebelum diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Memerintah Depot Senggara Armada Timur yang baru.

2
Penyerahan Simbolik Pemerintahan Dan Sijil Serah Terima Tugas
Dengan Disaksikan Oleh Panglima Logistik Timur
3

Panglima Logistik Timur Menyempurnakan Pemakaian Insignia Kepada
Pegawai Memerintah Depot Senggara Armada Timur Yang Baru

Rujukan: 050118/01
Sumber: Depot Senggara Armada Timur
Artikel: Depot Senggara Armada Timur
Jurufoto: Depot Senggara Armada Timur

Last modified on Jumaat, 05 Januari 2018 12:13

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 304

Semalam 347

Bulan ini 7176

Keseluruhan 440000

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM