Jan 08

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT, PENERIMAAN SIJIL KEPAKARAN KAPAL SELAM DAN PERUTUSAN PANGLIMA ANGKATAN KAPAL SELAM TAHUN 2018

Kota Kinabalu – 5 Jan (Jumaat). Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) telah melaksanakan Majlis Pemakaian Pangkat anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bagi warga MPKS dan unit di bawah naungan bertempat di Auditorium MPKS pada pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh Kepten Abdullah Sani bin Ismail TLDM, Ketua Staf merangkap Panglima Angkatan Kapal Selam (PAKS). Seramai 36 anggota LLP telah dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren I (2 orang), Pegawai Waren II (5 orang), Bintara Kanan (4 orang), Laskar kanan (25 orang). Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Kepakaran Kapal Selam bagi warga submariner seramai 21 pegawai dan anggota LLP yang telah berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang. Pecahan penerima bagi kategori KAT 4 (9 orang), KAT 3 (seorang), KAT 2 (11 orang).

1
Majlis Pemakaian Pangkat Anggota LLP

2
Penyampaian Sijil Kepakaran Kapal Selam

3
Perutusan YBhg PAKS

4
Sesi Bergambar Warga Yang Dinaikkan Pangkat dan Menerima
Sijil Kepakaran Kapal Selam

Dalam Perutusan Tahun Baru 2018, YBhg PAKS menekankan mengenai kenaikan pangkat merupakan pengiktirafan dan kepercayaan yang diberi oleh TLDM kepada anggota atas pencapaian dan usaha gigih yang telah dipamerkan oleh anggota itu sendiri. Kenaikan pangkat turut disusuli dengan peningkatan tanggungjawab dan tugas yang lebih mencabar. Selain itu YBhg PAKS membentangkan Key Perfomance Index (KPI) Angkatan Kapal Selam (AKAS) bagi tahun 2017 yang telah mencapai sasaran yang ditetapkan. MPKS juga telah dipersijilkan dengan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan BS OHSAS 18001:2007 yang baru.

Rujukan: 080118/01
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel: PW II TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak
Jurufoto: LK KOM Hezrin bin Abdullah

Last modified on Monday, 08 January 2018 00:54

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 128

Semalam 550

Bulan ini 7246

Keseluruhan 358038

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM