Jan 08

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT WARGA MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA TIMUR

Teluk Sepangar 5 Jan – Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Navy People Markas Pemerintahan Armada Timur di Dewan Serbaguna, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Warga yang dinaikkan pangkat terdiri daripada 18 anggota berpangkat Laskar Kelas I sehingga Pegawai Waren II telah dinaikkan ke pangkat Laskar Kanan dan Pegawai Waren I. Majlis yang disempurnakan oleh Panglima Armada Timur ini turut diiringi Timbalan Panglima Armada Timur, Kepten Zahid bin Abdul Aziz TLDM dan Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu, Brigadier Jeneral Dato’ Dr. Haji Zubir bin Ahmad. Warga yang dinaikkan pangkat serta pegawai-pegawai kanan yang hadir turut bersama pasangan masing-masing bagi memeriahkan lagi majlis ini.

1

2
Panglima Armada Timur, Timbalan Panglima Armada Timur,
Pegawai Memerintah HATWKK
dan para hadirin berdiri menyanyikan
lagu Negaraku dan Samudera Raya

3

4

5
Upacara pemakaian pangkat oleh Panglima Armada Timur

6

7

8
Ucapan oleh Panglima Armada Timur

9
Sesi bergambar di Dewan Serbaguna PTKK

Dalam ucapan Panglima Armada Timur, beliau menyatakan bahawa kenaikan pangkat ini adalah satu apresiasi terhadap prestasi dan kecemerlangan perkhidmatan mereka selama ini. Beliau juga turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasangan Navy People yang dinaikkan pangkat kerana telah sama-sama menyokong dan berkorban demi kerjaya suami dan isteri tercinta mereka selama ini.

Rujukan: 080118/03
Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: Lt Kdr Mohd Khairul Ikhwan bin Mohamed Hairudin TLDM
Jurufoto: LK I TLS Mohd Zulhakimi bin Yusoff

Last modified on Monday, 08 January 2018 01:28

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 134

Semalam 550

Bulan ini 7252

Keseluruhan 358044

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM