Jan 15

MAJLIS RAMAH MESRA ASISTEN MARSYAL PROVOS (AMP) BERSAMA WARGA PROTELA

Lumut, 12 Jan 18 – Majlis Ramah Mesra Asisten Marsyal Provos (AMP) Kdr Farizan bin Hussain TLDM bersama warga PROTELA Lumut telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Serambi PROTELA Lumut. Majlis yang julung kalinya diadakan ini telah melibatkan semua warga PROTELA yang tidak bertugas.Dalam ucapan beliau, beberapa perkara penting telah ditekankan di antaranya ialah sentiasa berusaha dalam meningkatkan tahap disiplin,kemahiran dan pengetahuan dalam usaha mencapai kecemerlangan dan kegemilangan di dalam perkhidmatan.Pelbagai cetusan inisiatif dan penambaikan telah dilaksanakan oleh AMP dari segi peningkatan moral serta kesejahteraan hidup warga PROTELA Lumut. AMP juga menitikberatkan agar warganya supaya menjauhi gejala yang tidak berfaedah seperti Dadah,THTC dan sebagainya yang boleh memudaratkan perkhidmatan.Selain daripada beramah mesra,perjumpaan ini juga telah memberi peluang pihak pengurusan tertinggi untuk menyampaikan maklumat yang penting serta memberi nasihat kepada anggota bawahan.

DSC 1724
AMP beramah mesra

DSC 1735
Ucapan AMP

DSC 1759
Warga PROTELA mendengar ucapan yang disampaikan oleh AMP

DSC 1818
Menjamu selera

DSC 1828
AMP menyampaikan cenderahati kepada mantan Pegawai Laksana

DSC 1836
Pegawai Waren Istiadat menyampaikan cenderahati kepada
mantan Pegawai Laksana

Majlis telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada MantanPegawai Laksana Lt Kdr Mohd Faidzal bin Abbas TLDM. Akhir kata,majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan meriahnya. Disarankan oleh AMP agar majlis sebegini hendaklah diadakan dari masa ke semasa agar dapat mengeratkan silaturahim warga TLDM amnya dan mengeratkan lagi kerjasama diantara warga agar terus menjadikan TLDM cemerlang,gemilang dan terbilang.

Rujukan: 150118/02
Sumber: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut
Artikel: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut
Jurufoto: Pejabat Teknologi Maklumat PROTELA Lumut

Last modified on Isnin, 15 Januari 2018 08:48

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 438

Semalam 561

Bulan ini 11244

Keseluruhan 430182

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM