Jan 16

MAJLIS MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN BANGUNAN MPPL TLDM KEPADA SEA POWER CENTRE

Kuala Lumpur, 12 Jan 18. Bertempat di Serambi Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL) TLDM telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Bangunan MPPL kepada Sea Power Centre (SPC). Acara yang bermula pada 1100 pagi ini telah disaksikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan (PPL) TLDM YBhg Laksmana Muda Dato’ Rusli bin Ramli serta turut disaksikan oleh warga MPPL serta warga SPC. Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Penyerahan Bangunan diantara Ketua Staf MPPL, Kept Farizal Myeor dan Pegawai Memerintah PUSTAKMAR, Kept Fadhil bin Abdul Rahman TLDM.

1
Upacara Menandatangani Sijil Penyerahan Bangunan diantara Ketua Staf MPPL,
Kept Farizal Myeor TLDM dan Pegawai Memerintah PUSTAKMAR,
Kept Fadhil Abdul Rahman TLDM Disaksikan Ybhg Panglima
Pendidikandan Latihan TLDM

2
Penyerahan Sijil Penyerahan Bangunan

YBhg Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM dalam ucapannya menyatakan bangunan yang berlokasi di Jalan Sultan Yahya Petra ini ibarat pentas yang mengambarkan keseluruhan TLDM kerana segala rutin dan aktiviti di bangunan ini dapat dilihat orang ramai yang melalui Jalan Sultan Yahya Petra menuju ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Justeru, adalah wajar penghuni baharu di bangunan ini sentiasa menunjukkan rupacara dan dan contoh yang baik kepada masyarakat. YBhg PPL turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pengwujudan SPC dan menjadi pemangkin kepada penubuhan unit yang dianggap sangat penting dalam menentukan kelestarian TLDM dalam mencapai visi dan misi TLDM serta berharap agar bangunan ini akan terus unggul dengan kehadiran penghuni baharu yang bakal memartabatkan lagi TLDM di mata dunia.

3
Simbolik Penyerahan Bangunan

4
Pegawai Kanan MPPL bergambar bersama Pegawai Kanan SPC

Bangunan yang berlokasi di Jalan Sultan Yahya Petra ini telah diduduki oleh Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL) TLDM sejak tahun 2005 yang pada asalnya dikenali sebagai Markas Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (MPL TLDM). MPL TLDM mengambil alih bangunan ini dari KD SRI KLANG yang pada masa itu telah dipindahkan ke Pelabuhan Klang berkuatkuasa pada 1 Jul 05.

5

6
Warga MPPL bergambar buat kali terakhir sebagai kenangan sebelum MPPL
beroperasi secara rasmi di Pangkalan TLDM Lumut

Melalui pengarahan penstrukturan semula TLDM dan pengwujudan SPC, MPPL TLDM telah ditempatkan semula ke Pangkalan TLDM Lumut bagi memudahkan proses pemantauan pelaksanaan latihan oleh Unit Bawah Naungan MPPL di Pangkalan TLDM Lumut yang terdiri daripada KD PELANDOK, KD SULTAN IDRIS I, PK TLDM, KD HANG TUAH dan KAPAL LATIHAN GAGAH SAMUDERA. Manakala SPC bakal menduduki bangunan sedia ada Markas ini.

MPPL TLDM akan beroperasi sepenuhnya di Pangkalan TLDM Lumut mulai 15 Jan 18.

Rujukan: 160118/01
Sumber: Perhubungan Awam MPPL TLDM
Artikel: Perhubungan Awam MPPL TLDM
Jurufoto: Perhubungan Awam MPPL TLDM

Last modified on Selasa, 16 Januari 2018 01:21

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 115

Semalam 491

Bulan ini 6859

Keseluruhan 433062

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM