Jan 23

PROGRAM ADMIRAL ON DECK PANGLIMA TENTERA LAUT BERSAMA WARGA LLP PTKK

Teluk Sepangar, 19 Jan – Lawatan kerja oleh YBhg. Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu telah dilaksanakan sempena menghadiri Majlis Perkongsian Ilmu di Universiti Malaysia Sabah. Warga PTKK berpeluang untuk berbicara secara langsung dengan Panglima Tentera Laut melalui Program Admiral On Deck yang diadakan di Dewan Serbaguna PTKK. Ketibaan Panglima Tentera Laut diiringi oleh YBhg Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman dan disambut oleh seluruh warga LLP Pangkalan TLDM Kota kinabalu. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya serta diiringi dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama. Program ini telah memberi peluang kepada anggota LLP berdialog secara terus kepada Panglima Tentera Laut berkenaan sebarang persoalan mengenai Hala Tuju TLDM serta menyampaikan sebarang masalah yang dihadapi anggota LLP secara langsung.

1

2

3
Sesi penerangan oleh Panglima Tentera Laut

4

5

6

7
Sesi Soal Jawab Panglima Tentera Laut bersama warga

Beberapa perkara telah dibincangkan oleh Panglima Tentera Laut dengan anggota LLP yang hadir. Antaranya mengenai FakeNews, FitnahSiber, Projek SASAR dan pelbagai topik lagi yang telah mendapat perhatian dari Panglima Tentera Laut. Dikesempatan ini juga, Panglima Tentera Laut sempat menerangkan kepada semua hadirin untuk menyahut saranan dan merealisasikan Program Transformasi TLDM 15 ke 5 pada tahun ini bagi mentransformasikan TLDM secara terancang dan menyeluruh. Program Transformasi 15 ke 5 merupakan sebahagian daripada beberapa inisiatif yang dirancang untuk mencapai kecekapan penjimatan iaitu TLDM akan menggantikan kapal lama yang memerlukan kos operasi dan selenggaraan tinggi dengan kapal baharu yang lebih canggih serta kos operasi dan selenggaraan lebih rendah.

8

9
Pandangan Program Admiral On Deck di Dewan Serbaguna PTKK

10

11
Panglima Tentera Laut bersalaman bersama warga

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar Panglima Tentera Laut bersama warga PTKK yang hadir.

Rujukan: 230118/01
Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: BK KOM Mahisziandi bin Mahmud
Jurufoto: LK I TLS Mohd Zulhakimi bin Yusoff

Last modified on Selasa, 23 Januari 2018 09:32

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 109

Semalam 407

Bulan ini 11658

Keseluruhan 376133

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM