Jan 25

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI WAREN TATATERTIB KD SRI GOMBAK

Kuala Lumpur 24 Jan – KD SRI GOMBAK telah melangsungkan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Waren tatatertib diantara P/PW I PRL Yahaya bin Abd Rahman yang akan mulai bekerja unit baru iaitu MkTL- PROTELA mulai 29 Jan 18 dan P/PW I PRL Noraini bte Wayot. Majlis disaksikan oleh Pegawai Memerintah dan seluruh warga KDSG dan telah mencoret sejarah dimana jawatan ini buat pertama kalinya diambil alih oleh anggota wanita.

IMG 67wenj

IMG jhwiqw

Majlis berlangsung dengan ucapan kata-kata aluan pengerusi majlis diikuti upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas antara Pegawai Waren serta pemberian cenderamata kepada mantan yang bakal meninggalkan unit. Pegawai Memerintah juga turut berkenan menyampaikan sepatah dua kata dan harapan beliau agar struktur organisasi yang baru mengekalkan prestasi yang tinggi dalam mendukung pentadbiran KDSG. Ucapan tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada P/PW I Yahaya atas jasa yang telah disumbangkan dan selamat bertugas di tempat baru. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Pegawai Memerintah dan seluruh warga KDSG.


Rujukan: 250118/01

Sumber : KD SRI GOMBAK
Artikel: KD SRI GOMBAK
Jurufoto: KD SRI GOMBAK

Last modified on Khamis, 25 Januari 2018 00:11

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 115

Semalam 491

Bulan ini 6859

Keseluruhan 433062

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM