Jan 26

PROGRAM JIWA MURNI SKTLDM LUMUT DI KAMPUNG PECAH BATU, MANONG, PERAK

Kuala Kangsar, 25 Jan 18 - Di sebalik tugas hakiki menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak melupakan tanggungjawab untuk menabur bakti kepada komuniti setempat. Tanggungjawab tersebut diterjemahkan oleh SKTLDM Lumut menerusi Program Jiwa Murni di Kampung Pecah Batu, Manong, Perak, kira-kira 20 km dari bandar diraja Kuala Kangsar, hari ini. Seramai 26 orang pegawai dan anggota SKTLDM Lumut terlibat dalam program ini yang diketuai oleh Pegawai Laksana, Lt Kdr Muhamad Puad bin Omar TLDM. Kesemua warga SKTLDM Lumut yang terlibat tiba di kampung tersebut pada jam 0900H dan selesai pada 1400H. Objektif utama program ini adalah bagi membantu warga emas tunggal di kampung tersebut, iaitu Puan Zaleha binti Cujaad membersih dan membaik pulih rumah yang didiami beliau di samping mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga The Navy People dengan masyarakat setempat.

1
Warga SKTLDM Lumut membuat pembersihan di persekitaran rumah

2
Dinding dan tiang rumah yang telah reput dan usang sedang dibaiki oleh staf

3
Peg Laksana bersama wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
(Cawangan Kuala Kangsar) menanam pokok di kampung tersebut
 simbolik Program Jiwa Murni

4
Penduduk kampung dan Warga SKTLDM Lumut menjamu selera
setelah selesai menjayakan program

Unit mengambil inisiatif melaksanakan program seperti ini pada setiap tahun bagi membantu individu atau masyarakat yang memerlukan bantuan.

Rujukan: 260118/01
Sumber: SKTLDM LUMUT
Artikel: Lt Ahmad Amal bin Abdul Hamid TLDM
Jurufoto:LK TLR Mohd Syaffiq bin Syaffie

Last modified on Jumaat, 26 Januari 2018 01:06

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 115

Semalam 491

Bulan ini 6859

Keseluruhan 433062

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM