Jan 30

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Sukan (JES TLDM)

LUMUT, 30 Jan 18 - Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Sukan (JES TLDM) siri 79/2018 telah berlangsung pada jam 0900 di Bilik Mesyuarat Markas Pangkalan Lumut hari ini. Mesyuarat JES TLDM dipengerusikan oleh Laksamana Muda Dato' Azhari bin Abdul Rashid selaku Pengerusi JES. Kehadiran seramai 57 ahli mesyuarat telah hadir terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Sukan (JKS) bagi setiap Markas Pemerintahan seramai 15 orang, Pengerusi Persatuan Sukan TLDM seramai 17 orang dan Setiausaha Persatuan Sukan TLDM seramai 25 orang. Antara intipati mesyuarat yang dibentangkan ialah strategi mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan ATM 2018, pemurnian komposisi persatuan sukan selaras dengan pengarahan YBhg Panglima Tentera Laut, Peruntukan Kewangan Persatuan Sukan, Pindaan Pusat Kecemerlangan Sukan TLDM bagi setiap persatuan sukan, Pencalonan Anugerah Sukan, Taklimat Penganjuran Kejohanan Mini Olimpik oleh wakil Markas Pemerintahan Armada Barat selaku Pengelola KMO tahun 2018 dan pelbagai isu berbangkit.

IMG 20180130 WA0040

IMG 20180130 WA0044

IMG 20180130 WA0049
Mesyuarat JES 79/18 berlangsung

Perbincangan yang sangat menarik dalam siri mesyuarat kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1410. Selanjutnya Mesyuarat LEKAS dijangka akan diadakan pada tarikh 2 Mac 2018 akan datang yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut selaku Pengerusi LEKAS TLDM.

Rujukan: 300118/01
Sumber: LEKAS TLDM
Artikel: LEKAS TLDM
Jurufoto: LEKAS TLDM

Last modified on Selasa, 30 Januari 2018 07:57

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 438

Semalam 561

Bulan ini 11244

Keseluruhan 430182

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM