Feb 02

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JURAGAN MARKAS ANGKATAN KAPAL SELAM

Kota Kinabalu 19 Jan – Majlis Serah Terima Tugas Juragan Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) telah diadakan pada 19 Jan 18 di Auditorium MPKS yang disaksikan  oleh  Asisten Ketua Staf (AKS) Tadbir  Kdr Wan Zaihan bin Wan Mat TLDM di antara P/PW I PRL Zulkifli bin Talip dengan P/PW I PRL Anita binti Mos. Buat julung kalinya Majlis Serah Terima Tugas Juragan dilaksanakan secara rasmi kerana sebagai tanda keperihatinan pucuk kepimpinan AKAS TLDM dalam usaha memberi dorongan kepada Juragan yang baru mengambil alih supaya dapat melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang. Selain itu, inisiatif ini bertujuan untuk menyahut seruan pihak tertinggi TLDM dalam memperkasakan Fungsi dan Tugas Pegawai Waran agar mereka dapat  mengambil alih perjawatan yang disandang oleh pegawai muda di pangkalan.

1
AKS Tadbir Menyaksikan Acara Serah Terima Tugas Juragan
2
Simbolik Penyerahan Tongkat Juragan MPKS
3
Sesi Interaktif Soal Jawab AKS Tadbir Bersama Warga Markas

Di samping itu, buat pertama kalinya dalam sejarah MPKS, perjawatan Juragan  di Markas ini disandang oleh Pegawai Waran wanita. Justeru ianya merupakan suatu penghormatan kepada P/PW I PRL Anita binti Mos dalam melaksanakan tugas yang mencabar di Markas ini selain menjadi satu pencapaian dan pengiktirafan kepada semua warga The Navy People wanita.  P/PW I PRL Zulkifli bin Talib pula akan bertukar unit ke KD PELANDOK dan akan mengisi perjawatan Juragan di Fakuliti Pelaut. Majlis diteruskan lagi dengan sesi dialog santai di antara warga Markas dan Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS) bersama AKS Tadbir. Ini juga merupakan inisiatif Markas dalam mendokong  program Admiral On Deck yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TLDM.


Rujukan: 020218/01

Sumber: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel: PW II TLR Zulkefeli bin Mat Jusoh
Jurufoto: PW II TLR Mohd Shah Rizal bin Abdul Razak

Last modified on Jumaat, 02 Februari 2018 02:47

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 438

Semalam 561

Bulan ini 11244

Keseluruhan 430182

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM