Feb 06

KURSUS 'SQUARE BASHING' PEGAWAI KADET FASA 1 TAHUN 2018

KLANG 3 Feb 18 - Bermula pada 28 Januari 2018 dan berlangsung selama seminggu, seramai 111 orang pegawai kadet telah menyertai Kursus 'Square Bashing' Pegawai Kadet Fasa 1 yang bertempat di KD SRI KLANG (KDSK). Kursus ini melibatkan barisan pegawai kadet PALAPES ambilan terbaru universiti di bawah naungan KDSK, iaitu Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya serta Universiti Putra Malaysia. Program ini mengetengahkan kekuatan dan daya ketahanan dalam aspek fizikal dan mental peserta, di samping meningkatkan lagi pengetahuan serta input yang berguna untuk dipelajari oleh mereka. Pemilihan anggota pegawai kadet terbaik juga telah diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pegawai kadet yang layak bagi setiap universiti.

1
Aktiviti lawatan malam
2
Latihan renang di Jabatan Laut
3
Larian armada di sekitar kawasan Pangkalan TLDM Pulau Indah
4
Aktiviti mess etiquette
5
Latihan kawad di padang kawad KD SRI KLANG
6
Aktiviti menembak di Bukit Jugra

Penganugerahan ini tidak sesekali bertujuan untuk mendiskriminasi mana mana peserta, dan adalah diharapkan agar anugerah seperti ini akan menjadi sumber inspirasi dan semangat bagi semua peserta kursus, dalam menjadi seorang anggota simpanan yang kompeten, seiring dengan matlamat PSSTLDM itu sendiri. Seramai tiga orang telah dicalonkan selaku pegawai kadet terbaik; PK Wafiy bin Mahamad Saidi dari Universiti Putra Malaysia, PK Muhammad Raushan Fikri bin Noor Azman dari Universiti Teknologi MARA, dan PK Nur Nadiah binti Ismail dari Universiti Malaya. Kursus seperti ini adalah menjadi batu loncatan dan sangat diperlukan sebagai asas dan panduan kepada bakal anggota pegawai simpanan tentera laut dalam mempersiapkan diri dan mengenali dengan lebih mendalam tentang ilmu ketenteraan, khususnya tentera laut.


Rujukan: 060218/01

Sumber: KD SRI KLANG
Artikel: Lt M Siti Nur Syathiroh binti Shahirul PSSTLDM
Jurufoto: Lt M Muhammad Hanif bin Abdurrahman PSSTLDM

Last modified on Selasa, 06 Februari 2018 01:05

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 438

Semalam 561

Bulan ini 11244

Keseluruhan 430182

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM