Feb 06

PROMOSI KERJAYA PSTL KUANTAN BERSAMA ORANG AWAM

CHERATING, 4 Januari 2018 – Seramai 28 anggota dari unit PSTL KUANTAN yang terdiri daripada pegawai dan anggota lain lain pangkat turut sama terlibat dengan Hari Kerjaya dan Hari Terbuka PLKN 2.0 Kem Cahaya Gemilang Cherating Kuantan, di sini, kelmarin. Team promosi kerjaya dan pengambilan anggota PSSTLDM siri 1/2018 ini diketuai oleh Leftenan Mohd Nor Firdaus Abdul Razak TLDM adalah bertujuan mempromosikan PSSTLDM dikalangan penduduk tempatan amnya kepada mereka yang berkerjaya. Promosi keriaya yang dirasmikan oleh Pegawai Memerintah Sri Kuantan, Komander Muhamad Zaki bin Abd Aziz TLDM ini berlansung dengan jayanya disamping juga penglibatan dari agensi-agensi kerajaan serta swasta seperti MARDI, Agensi Dadah Kebangsaan, Bomba TLDM, Hospital Kemaman, Kolej Universiti TATI, Malaysian Aviation Training Academy dan pelbagai agensi lain yang terlibat sama.

Image 1

Image 2
Barisan Team Promosi PSSTLDM dari PSTL Kuantan
Image 3

Image 4
Saringan Kesihatan dan Program Derma Darah
Image 5
Perasmian oleh Pegawai Memerintah Sri Kuantan
Image 6
Lawatan tapak Pameran oleh Pegawai Memerintah Sri Kuantan bersama Kem Komanden PLKN Cherating

Aktiviti bersama orang awam sebegini adalah satu peluang baik bagi PSSTLDM dari PSTL Kuantan bagi menyalurkan maklumat serta menarik minat orang awam berkerjaya bagi menyertai keluarga PSSTLDM. Disamping itu, program ini juga adalah sejajar dengan merealisasikan misi Markas Simpanan TLDM bagi mencapai keanggotaan aktif PSSTLDM di PSTL Kuantan seramai 450 pada tahun 2030. Di samping berjaya menyampaikan maklumat mengenai PSSTLDM kepada orang awam, team promosi PSTL Kuantan juga turut serta memeriahkan program dengan menyertai kempen derma darah, saringan kesihatan dan juga menyertai aktiviti “flying fox” serta berkayak anjuran PLKN Kem Cahaya Gemilang Cherating Kuantan. Kerjasama berkumpulan serta komitmen yang ditunjukkan oleh anggota PSSTLDM dan TLDM dari PSTL Kuantan adalah satu usahasama yang positif serta secara lansung menaikkan nama PSSTLDM dan TLDM amnya dikalangan penduduk sekitar Kuantan Pahang.


Rujukan: 060218/02

Sumber: PSTL Kuantan
Artikel: Lt Dya Isma Syahril bin Ismail PSSTLDM
Jurufoto: PSTL Kuantan

Last modified on Selasa, 06 Februari 2018 01:14

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 109

Semalam 407

Bulan ini 11658

Keseluruhan 376133

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM