Feb 09

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM REMAJA BERWAWASAN BAGI TAHUN 2018 DI SMK KEPONG BARU DAN DANAU KOTA

KD SRI GOMBAK, 8 Feb 18 - Pegawai Memerintah KD SRI GOMBAK (KDSG), Kdr Mohamad Zulkefli bin Hj. Mohamood TLDM telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan di SMK Kepong Baru pada 7 Feb 18, manakala Pelancaran di SMK Danau Kota pula telah dirasmikan oleh Pegawai Laksana  KDSG pada 8 Feb 18Majlis pelancaran ini dijalankan serentak di 140 buah sekolah di seluruh negara yang melibatkan 14 buah negeri.

20180207 163156
Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan
Di SMK Kepong Baru Dirasmikan Oleh
Pegawai Memerintah KDSG

20180207 163305
Pegawai Memerintah KDSG Beramah Mesra Bersama
Guru dan Peserta PRB

Program ini adalah merupakan hasil cetusan idea Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia melalui National Blue Ocean Strategy (NBOS) atau didalam Bahasa Melayunya Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Program ini merupakan program peringkat kebangsaan yang melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia.

20180208 141506

Pegawai Laksana KDSG Merasmikan Majlis Pelancaran
Program Remaja Berwawasan di SMK Danau Kota

20180208 141828Sekitar Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan
Di SMK Danau Kota

Pegawai Memerintah didalam ucapannya telah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar SMK Kepong Baru yang terlibat dalam Perkemahan Summer Camp Program Remaja Berwawasan pada tahun lepas kerana dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik sepanjang perkemahan tersebut.  Beliau berharap agar program ini akan mencapai matlamatnya kerana pelajar-pelajar ini merupakan pelapis yang akan mewarisi kemajuan negara ini pada masa akan datang. Setelah Pegawai Memerintah dan Pegawai Laksana KDSG merasmikan Program ini, mereka dijemput untuk beramah mesra bersama tetamu kehormat dan Peserta Program Remaja Berwawasan.

Rujukan: 090218/01
Sumber: KD SRI GOMBAK
Artikel: Lt Dya Abdul Basit bin Kamarudin TLDM
Jurufoto: KD SRI GOMBAK

Last modified on Jumaat, 09 Februari 2018 00:46

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 109

Semalam 407

Bulan ini 11658

Keseluruhan 376133

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM