Feb 13

LATIHAN PEMANDUAN JARAK JAUH (PJJ) PASUKAN PERTAHANAN UDARA TLDM KOTA KINABALU

KUDAT 8 Feb – Pasukan ini telah mengadakan Latihan Pemanduan Jarak Jauh (PJJ) bagi 4 buah Kenderaan Pembawa Misil Starstreak (KPMS). Latihan pemanduan ini melibatkan 3 Pegawai dan 17 anggota Lain-Lain Pangkat. Latihan pada kali ini adalah sejauh 145km yang bermula dari pasukan sehingga ke Kudat. Objektif latihan adalah bertujuan untuk menguji kemampuan pemandu dan meningkatkan kemahiran pengendalian KPMS bagi warga pasukan.

1. TAKLIMAT MTO
Taklimat oleh Ketua Konvoi
2. SUSUNAN KENDERAAN
Susunan kenderaan
3. PERGERAKAN KONVOI
pergerakan Konvoi
4. tiba di check point pertama
Hentian Check Point pertama
5. SOLAT JAMAK BERJEMAAH
Solat berjemaah
6. SAMPAI DI CHECK POIN AKHIR
Tiba di Check Point Akhir

Selain itu, latihan ini juga memahirkan warga pasukan dalam aspek dan tatacara pemanduan secara konvoi pada waktu siang. Latihan pemanduan telah bermula pada jam 0630H dan berakhir pada jam 1750H. Keseluruhan latihan dapat berjalan dengan lancar dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada warga pasukan dan kenderaan.


Rujukan: 130218/01

Sumber: PASUKAN PERTAHANAN UDARA TLDM KOTA KINABALU
Artikel: Lt Mohd Rafzee bin Mohd Sukri TLDM
Jurufoto: BK JTP Noor Azam bin Mohammad Naffek Yudin

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 115

Semalam 491

Bulan ini 6859

Keseluruhan 433062

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM