Feb 26

BENGKEL KAJIAN DOKTRIN PEPERANGAN 1/18

Lumut, 23 Feb - Bengkel Kajian Doktrin Peperangan Siri 1/18 anjuran PUSTAKMAR telah berjaya dilaksanakan mulai 19 hingga 23 Feb 18. Tujuan bengkel kali ini adalah untuk membuat semakan dan pengemaskinian terhadap RMNCB 303 Warfare Tactical Doctrine bagi Bab Anti Surface Warfare.

1
Tim kajian tekun mendengar ceramah oleh Kept Farizal Myeor TLDM

2
Semakan dokumen bersama PM PUSTAKMAR

3
Perbincangan bersama tim kajian

Lt Kdr Mohd Asri bin Dasman TLDM selaku peserta terkanan bersama 14 pegawai berkepakaran peperangan telah bersama-sama menyumbang idea serta memberikan komitmen yang jitu untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Peserta bengkel juga telah diberi pendedahan awal terhadap RMNCB 303 dan ceramah bertajuk RMN and Modern Naval Warfighting Technology oleh Kepten Farizal Myeor TLDM bagi membuka perspektif peserta tentang topik yang dibincangkan.

4
Sesi pembentangan daripada peserta terkanan

5

6
Penutup oleh Panglima Kesiagaan TLDM

Majlis Penutup Bengkel telah diadakan di Auditorium Zain, PUSTAKMAR dan disempurnakan oleh Panglima Kesiagaan TLDM. Turut hadir bersama Pegawai Kanan Armada, Pegawai Memerintah Kapal dan unit-unit TLDM yang telah banyak memberi respon serta maklum balas semasa sesi pembentangan hasil semakan. Platform seperti bengkel ini dilihat amat memberi manfaat terutamanya dalam memastikan rujukan dan panduan yang digunapakai oleh TLDM sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan semasa.

Rujukan: 260218/01
Sumber: PUSTAKMAR
Artikel:PUSTAKMAR
Jurufoto: LK PBK Dominex Engging ak Ngalu

Last modified on Isnin, 26 Februari 2018 01:45

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 212

Semalam 422

Bulan ini 7506

Keseluruhan 440330

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM