Feb 26

KURSUS PENYEMBELIHAN SECARA ISLAM SIRI 1/18 DAN MAJLIS RAMAH MESRA ANAK-ANAK YATIM BERSAMA WARGA TLDM

SERI ISKANDAR, 22 Feb 18 – SKTLDM Parit telah menganjurkan Kursus Penyembelihan kolaborasi berimpak tinggi bersama Jabatan Agama setempat seterusnya mengadakan Majlis Meraikan Anak-Anak Yatim Al-Munirah bersama Warga TLDM dalam program ramah mesra yang berlangsung di perkarangan Surau At-Taqwa SKTLDM Parit. Kursus Penyembelihan Cara Islam telah dilaksanakan untuk mendapatkan pengiktirafan sembelihan mengikut lunas-lunas Islam dan Standard Operating Procedure (SOP) Islam yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK). Kursus penyembelihan berjaya dilaksanakan oleh Ustaz Mejar Fauzi bin Mohamed dan peserta kursus seramai 50 orang yang terdiri dari SKTLDM Parit, SKTLDM Lumut, SKTLDM Sitiawan dan wakil PDRM Perak Tengah. Pegawai Memerintah SKTLDM Parit Lt Kdr Chin In TLDM juga serta acara praktikal yang dilaksanakan. Program seterusnya disambung dengan Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Yatim dan majlis ini turut dihadiri oleh Laksamana Pertama Anuar bin Hj Alias PGB Panglima Pasukan Khas Laut, Laksamana Pertama Syed Ahmad Hilmi bin Syed Abdullah Panglima Logistik Barat, Pegawai - Pegawai Kanan TLDM, Supt Zainal bin Abdullah Ketua Polis Daerah Perak Tengah serta Anak-Anak Yatim Al-Munirah Parit.

Gambar 1
Peserta Kursus Penyembelihan Secara Islam 1/2018

Gambar 2
Taklimat oleh Ustaz Mejar Fauzi bin Mohamed

Gambar 3
Sesi Pratikal penyembelihan

Gambar 4
Sesi Pratikal penyembelihan setiap peserta

Gambar 5
Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

Gambar 6
Jamuan Makan Malam Bersama Anak- Anak Yatim

Gambar 7
Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada peserta Kursus

Gambar 8
Penyampaian Sumbangan Kepada Anak- Anak Yatim

Gambar 9
Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Yatim

Dengan adanya program seumpama ini menjadi salah satu wasilah terutama bagi warga TLDM untuk mengetahui cara penyembelihan mengikut syarak Islam dan Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Yatim dapat merapatkan hubungan antara Warga TLDM dan masyarakat setempat.

Rujukan: 260218/02
Sumber: PR SKTLDM PARIT
Artikel: LK KOM MOHD SYAHRIL BIN OMAR SHAH
Jurufoto: LK I PRL MOHAMAD FARID BIN ABDUL RAHIM

Last modified on Isnin, 26 Februari 2018 01:44

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 212

Semalam 422

Bulan ini 7506

Keseluruhan 440330

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM