Mac 01

MAJLIS SERAH TUGAS PANGLIMA ANGKATAN KAPAL SELAM TLDM DAN PEMAKAIAN LENCANA KEPAKARAN KAPAL SELAM

KOTA KINABALU, 26 Feb 18 – Majlis Serah Terima Tugas tampuk pemerintahan Panglima Angkatan Kapal Selam (PAKS) telah dilaksanakan di antara Kepten Abdullah Sani bin Ismail TLDM dan Laksamana Muda Zulhelmy bin Ithnain. Detik bersejarah ini disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin bertempat di Auditorium Markas Pemerintahan Kapal Selam. Majlis dilaksanakan berikutan pertukaran keluar Pemangku PAKS iaitu Kepten Abdullah Sani bin Ismail TLDM yang akan menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD LEKIR mulai 12 Mac 2018. Beliau telah berkhidmat di Markas ini telah hampir lapan tahun dan merupakan salah seorang pegawai yang terlibat mengoperasikan markas ini pada tahun 2009. Manakala Laksamana Muda Zulhelmy adalah PAKS yang ketiga sejak awal penubuhan markas ini pada 2009. Beliau merupakan Pegawai Memerintah pertama kapal selam pertama negara, KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR). Beliau juga bertanggungjawab menyediakan KD TAR untuk pelayaran pulang ke tanah air dari Toulon, Perancis dengan jayanya dan tiba di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Sep 2009.

1
Majlis Serah Tugas PAKS Disempurnakan oleh PTL
2
Majlis Pemakaian Lencana Pemerintah kepada PAKS
3

4
Sidang Media PTL Bersama Wartawan Di Simulator PLKS
5
Acara ‘Street Lining’ Perpisahan Kepten Abdullah Sani bin Ismail TLDM bersama Warga AKAS TLDM

Turut diadakan dalam majlis ini adalah Majlis Pemakaian Lencana Kepakaran Kapal Selam TLDM kepada sembilan pelatih yang telah lulus kursus asas kelayakan kapal selam. Mereka telah lulus kursus asas kelayakan kapal selam yang melayakkan mereka dikurniakan lencana dolphin, iaitu lencana kepakaran kapal selam di mana secara rasminya mereka bergelar Submariner TLDM. Kelayakan ini akan menjadi titik permulaan mereka untuk melalui kehidupan yang lebih mencabar sebagai seorang submariner. Majlis diakhiri dengan sidang media Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin yang diadakan di simulator PLKS. Dalam sidang media tersebut, Panglima Tentera Laut menyatakan amat berpuas hati dengan tahap kesiagaan pengoperasian kapal di Armada Timur.  Beliau turut yakin dengan segala perancangan jangka masa panjang yang sedang dilakukan melalui Pelan Transformasi TLDM 15to5 akan mampu melonjakkan lagi keupayaan TLDM di samping memberi pulangan atau dividen yang amat menguntungkan kepada negara. TLDM selaku agensi utama yang bertanggungjawab untuk menentukan keselamatan dan kedaulatan perairan maritim negara akan sentiasa memastikan keselamatan perairan di Sabah dan Sarawak sentiasa terjamin.


Rujukan: 010318/01

Sumber: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Artikel: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM
Jurufoto: Pejabat Perhubungan Awam (PR) MPKS TLDM

Last modified on Khamis, 01 Mac 2018 07:33

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 213

Semalam 422

Bulan ini 7507

Keseluruhan 440331

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM