Mac 05

PENCARIAN BAKAT BARU UNTUK PROGRAM KLUSTER KECEMERLANGAN SUKAN PERAHU LAYAR SK PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU

1 Mac 18 – Julung-julung kalinya Institut Sukan Negara (ISN) Zon Sabah dengan kerjasama Navy Yacht Club Kota Kinabalu (NYCKK) telah melaksanakan Program Talent Identify Development (TID) bagi mencari bakat untuk Program Kluster Kecemerlangan Perahu Layar Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (SKPTLDMKK) bertempat di Pusat Kecemerlangan Perahu Layar (PKPL), Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Program TID telah dikendalikan oleh 8 orang pegawai dari ISN yang diketuai oleh Ketua ISN Zon Sabah, Puan Nursyaditina Ain binti Darussamin. Seramai 70 orang pelajar dari SKPTLDMKK telah menyertai sesi ujian yang telah dijalankan bagi memilih pelayar untuk menyertai Program Kluster Kecemerlangan Perahu Layar. Semua pelajar yang terlibat telah menjalani ujian Authropometry, Flexibility, Power, Strength dan Aerobic. Pada sebelah petang pula, Jurulatih NYCKK telah mengendalikan Ujian Water Confident kepada semua pelajar. Ketua ISN Zon Sabah amat mengalu-alukan kerjasama dengan pihak TLDM khasnya dan NYCKK amnya di samping turut memberi peluang kepada jurulatih pelayaran untuk mengikuti ceramah atau kursus yang dikendalikan oleh pihak ISN di masa-masa akan datang.

Picture2
Pegawai yang hadir

Picture3
Ujian Sit and Reach

Picture4
Ujian Beep Test

Picture5
Ujian Push Up

Picture6
Ujian Sit Up

Picture7
Ujian Standing Broad Jump

Picture8
Ukur Ketinggian

Picture1
Gambar kenangan bersama para peserta

Turut hadir di dalam Program TID, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Pelayaran Negeri Sabah, Tuan Hj. Ahmad Yusof bin Said, Ketua Jurulatih NYCKK, Lt Kdr Mohamad Hamdan bin Mohd Shamsuddin TLDM, Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru SKPTLDMKK, Lt Kdr Hairulakmal bin Abdul Karim TLDM, Penolong Kanan Kokurikulum SKPTLDM, Encik Jatin bin Maltin.

Rujukan: 050318/01
Sumber: PW I KOM(I) Muhammad Samsuri bin Mamat
Artikel: PW I KOM(I) Muhammad Samsuri bin Mamat
Jurufoto: PW I KOM(I) Muhammad Samsuri bin Mamat

Last modified on Isnin, 05 Mac 2018 08:17

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 212

Semalam 422

Bulan ini 7506

Keseluruhan 440330

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM