Mac 09

PERKHEMAHAN PERSATUAN KADET BERSATU MALAYSIA (LAUT) (PKBM (L)) PERINGKAT ZON TENGAH TAHUN 2018

SEPANG, 9 Mac 18 - KD SRI GOMBAK (KDSG) telah menganjurkan Perkhemahan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) (PKBM (L)) Peringkat Zon Tengah bagi tahun 2018 bermula pada 5 hingga 9 Mac 18 bertempat di Kem Kokurikulum Bagan Lalang, Sepang. Perkhemahan yang merupakan usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melibatkan seramai 329 orang peserta terdiri daripada 2 x Pegawai TLDM, 25 Anggota TLDM, 28 x Guru Penyelaras dan 275 Ahli Kadet PKBM (L) dari 14 buah sekolah di Negeri Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor.

20180309 112214

20180309 112448

20180309 112606

20180309 113618
Antara aktiviti sepanjang perkhemahan berlangsung

Objektif sebenar program ini, antaranya untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh jati diri. Pelbagai aktiviti yang mampu membina jati diri para pelajar telah dilaksanakan khususnya sebagai generasi pelapis pemimpin yang berwibawa dan berdaya saing dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar dewasa ini.  Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah berjalan malam, ikhtiar hidup, pertandingan memasak rangsum tempur dan latihan pertahanan pangkalan di mana semua kadet PKBM (L) didedahkan dengan situasi apabila negara kita diserang oleh anasir-anasir luar. Majlis Perbarisan Penutup Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Panglima Pendidikan Latihan TLDM (PPL TLDM), Laksamana Muda Dato’ Rusli bin Ramli.  Sejurus Yang Berbahagia PPL TLDM tiba, beliau telah membalas tabik hormat oleh Kontinjen PKBM (L) yang dipimpin oleh Bintara Kanan PKBM (L) Muhammad Adham bin Abdul Halim dan seterusnya memeriksa setiap platun. PPL TLDM dengan sukacitanya memakaikan pangkat Pegawai Waren I kepada kadet-kadet yang terpilih.  PPL TLDM berharap semua Kadet PKBM (L) dapat mengekalkan atau meningkatkan tahap disiplin dan maju dalam pelajaran demi masa depan semua.  Majlis Penutup selesai pada jam 1000. Semua kadet telah membuat pembersihan sebelum pulang ke destinasi masing-masing pada jam 1200.


Rujukan: 090318/01

Sumber: KD SRI GOMBAK
Artikel: Lt Dya Abdul Basit bin Kamarudin TLDM
Jurufoto: KD SRI GOMBAK

Last modified on Jumaat, 09 Mac 2018 07:42

AUDIT KESIAPSIAGAAN MPPL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 213

Semalam 422

Bulan ini 7507

Keseluruhan 440331

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM