Apr 06

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA PENGARAH HIDROGRAFI DAN PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI

PULAU INDAH 4 Apr – Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada 16 orang Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) bertempat di Pusat Hidrografi Nasional (PHN).
Pegawai TLDM yang dinaikan pangkat seperti berikut:
a. Laksamana Pertama kepada Laksamana Muda
    i. Laksamana Pertama Shamsuddin bin Hj Ludin
b. Kepten TLDM kepada Pemangku Laksamana Pertama
    i. Kept Mohd Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM
c. Komander TLDM kepada Pemangku Kepten TLDM
    i. Kdr Ismail bin Othman TLDM
    ii. Kdr Mohd Yusri bin Yusoff TLDM
    iii. Kdr Hassan bin Zainudin TLDM
d. Leftenan Komander TLDM kepada Pemangku Komander TLDM
    i. Lt Kdr Roslina binti Abd Rahman TLDM
    ii. Lt Kdr Mohd Mursyid bin Mahjuddin TLDM
e. Leftenan TLDM kepada Leftenan Komander TLDM
    i. Lt Mohd Zahirruddin bin Mohd Zahir TLDM
    ii. Lt Mohammad Zulhilmie bin Norazman TLDM
    iii.    Lt Mohd Izzat bin Mohd Noh TLDM
    iv. Lt Abd Razak bin Abd Rahman TLDM
    v. Lt Arif Aizuddin bin Alwi TLDM
    vi. Lt Siti Nurazimah binti Jamaludin TLDM
    vii.    Lt Aizat Amzar bin Sahar TLDM
f. Kapten kepada Mejar
   i. Kapten Kamarulzama binti Mohamed Hashim
g. Leftenan Madya PSSTLDM
   i. Lt Muda Nabil Zhafri bin Mohd Nasir PSSTLDM

Gambar 1
AKS Perancangan Pembangunan dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda
Gambar 2
AKS Pentadbiran dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama
Gambar 3
Kepten Hassan antara tiga Komander TLDM yang dinaikkan pangkat
Gambar 4
Kdr Roslina dipakaikan pangkat oleh PTL dan suami tersayang yang juga seorang pegawai TDM
Gambar 5
Laksma Hanafiah mengambil alih tugas Ketua Pengarah Hidrografi dari Laksda Dato’ Fadzilah yang akan bersara
Gambar 6
Tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat

Dalam pada itu, Panglima Tentera Laut turut menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Pengarah Hidrografi di antara Laksamana Muda Dato’ Fadzilah bin Mohd Salleh dan Laksamana Pertama Hanafiah bin Hassan.  Sempena acara tersebut juga, para hadirin menyaksikan upacara pemakaian insignia Pegawai Memerintah dan penyerahan sextant sebagai simbolik mengambil alih tugas pemerintahan PHN. Kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai hari ini merupakan tanda kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi TLDM dan penghargaan kepada Navy People seiring dengan amanah serta tanggungjawab yang diberikan untuk terus berkhidmat dengan lebih dedikasi, bijaksana dan berintegriti.  Lebih bermakna apabila pemakaian pangkat turut disertai oleh pasangan yang menjadi tonggak sokongan pegawai untuk lebih cemerlang dalam kerjaya masing-masing.
    

Rujukan: 060418/01
Sumber: CAWANGAN KOMUNIKASI STRATEGIK MARKAS TENTERA LAUT
Artikel: Lt Dya Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Jurufoto: LK Mohammad Idris bin Suradi

Last modified on Jumaat, 06 April 2018 01:37

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 438

Semalam 561

Bulan ini 11244

Keseluruhan 430182

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM