Apr 14

CERAMAH STESEN BERTINDAK & STESEN BERTAHAN

SANDAKAN, 13 April 18 – Kapal jenis Fast Troop Vessel (FTV) TLDM, KD SRI GAYA hari ini telah menganjurkan satu siri latihan pelabuhan yang bertajuk Stesen Bertindak dan Stesen Bertahan kepada warga Armada di Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2). Ceramah yang dilaksanakan pada kali ini telah memberi penerangan dengan lebih terperinci kepada warga Armada MAWILLA 2 berkenaan tatacara pelaksanaan ketika Stesen Bertindak, langkah keselamatan, action messing, action snack dan tatacara pelaksanaan Stesen Bertahan mengikut Piawaian Operasi Armada (POA).

 Gambar 1
Kata-kata aluan daripada Pegawai yang memberikan ceramah

Gambar 2
Perkongsian motivasi diberikan sebelum memulakan ceramah

Ceramah yang telah berlangsung selama lebih kurang 2 jam ini telah berjaya mencapai objektif utama pelaksanaan mingguan latihan pelabuhan iaitu bagi memastikan warga Armada MAWILLA 2 sentiasa berpengetahuan tinggi disamping bagi menentukan latihan-latihan yang dilaksanakan oleh kapal ketika berada di jeti atau pelabuhan mahu pun di laut mengikut Standard Operational Procedure (SOP) yang ditetapkan.

Gambar 3
FOKUS…Warga Armada mencatat ilmu yang diberikan untuk rujukan masa hadapan

Gambar 4Walaupun kepadatan operasi di Sabah Timur amat tinggi,
Armada MAWILLA 2 tetap berikan komitmen yang tinggi dalam
memastikan warganya terus berilmu

Kata Imam al-Ghazali, “Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”. Apa yang dipelajari oleh warga Armada MAWILLA 2 pada hari ini telah pun diamalkan dan sentiasa akan dipraktikkan terutamanya ketika beroperasi di laut tanpa jemu agar kesiagaan Armada terus berada pada tahap yang tertinggi bagi menjamin keselamatan maritim negara terus kekal selamanya.

Rujukan : 150418/02
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : Lt Dya Raja Kamal Zulhafifie Bin Raja Ibrahim TLDM
Jurufoto : LK I JTP Muhammad Qaiyum Bin Zainalallam

Last modified on Ahad, 15 April 2018 06:02

HARI TLDM KE - 84

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 354

Semalam 773

Bulan ini 14824

Keseluruhan 412114

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM