Apr 15

LAWATAN PKBM (L) SMK KONVEN ST. CECILIA SANDAKAN

SANDAKAN, 14 April 2018 - Bersempena kehangatan sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-84 (HUT TLDM 84) dan Hari Terbuka Armada 2018 (HTA 18) yang bakal menjelang tiba, Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah membuka peluang kepada sekolah-sekolah di sekitarnya untuk datang melawat ke Markas dan juga kapal-kapal TLDM di Sandakan pada setiap hujung minggu.

LawatanPKBM1Pegawai Staf Sekretariat menyampaikan penerangan mengenai MAWILLA 2

Lawatan bertujuan untuk menarik minat para pelajar sekolah untuk memasuki TLDM atau Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) apabila memasuki alam pekerjaan di masa hadapan selain daripada mempromosikan HTA 18 yang bakal berlangsung pada 28 dan 29 April ini.

Antara sekolah yang telah menyambut perlawaan Markas adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St. Cecilia yang terletak kira-kira 5 km sahaja dari Pangkalan TLDM Sandakan. Kehadiran seramai 16 orang termasuk guru pengiring pasukan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) atau PKBM (L) telah menambahkan lagi semangat dan keceriaan warga Navy People yang terlibat.

Lawatan tersebut telah dikoordinasikan oleh Pegawai Staf Sekretariat, Lt Dya Daria Lamida PSSTLDM dan dimulai dengan penerangan mengenai MAWILLA 2 serta tayangan video promosi HUT TLDM 84 dan HTA 18.

LawatanPKBM2Pelajar SMK Konven St. Cecilia tekun mendengar penerangan yang diberikan
LawatanPKBM3
PROMOSI…Pegawai Staf Sekretariat menyampaikan brosur HTA 18
kepada guru pengiring

Seterusnya pelajar dibawa melawat ke sekitar Markas khasnya di Diving Chamber Pasukan Selam MAWILLA 2. Lawatan berakhir di kapal KD SRI GAYA.

LawatanPKBM4
Lawatan ke Pusat Selam MAWILLA 2
LawatanPKBM5
Merasai pengalaman memasuki kebuk mampatan
LawatanPKBM6
Bergambar kenang-kenangan bersama Staf di Pusat Selam MAWILLA 2
LawatanPKBM7
Lawatan ke KD SRI GAYA
LawatanPKBM8
Bergambar kenang-kenangan di sisi KD SRI GAYA

Kesemua pelajar kelihatan gembira dan teruja dengan lawatan ini memandangkan rata-rata mereka baru pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kapal TLDM. Semoga ada yang berminat untuk menyarungkan seragam TLDM kelak.

"TRANSFORMASI PEMACU KECEMERLANGAN"


Rujukan: 150418/05
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM
Jurufoto: LK HDI Mohammad Hafizan bin Ariff

Last modified on Ahad, 15 April 2018 06:35

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 571

Semalam 587

Bulan ini 8473

Keseluruhan 419919

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM