Apr 15

UBU TLDM: PERKEMAHAN TAHUNAN PKBM (L) PERINGKAT KEBANGSAAN ZON UTARA MALAYSIA

SUNGAI PETANI, 10 April 18 – UBU TLDM dan RNO PENANG telah menganjurkan Perkhemahan Tahunan Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) (PKBM (L) Peringkat Kebangsaan Zon Utara bagi tahun 2018 bermula 8 hingga 10 April 18 bertempat di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Sugai Petani KEDAH.

UBUTLDM1Pelatih tiba dikawasan tapak perkhemahan

UBUTLDM2
Pelatih melapor kekuatan kadet lelaki dan perempuan 
berserta guru pengiring di meja urusetia

Perkhemahan ini merupakan usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melibatkan seramai 250 orang peserta terdiri daripada 25 anggota TLDM, 22 x Guru Penyelaras dan 203 Ahli Kadet PKBM (L) dari 9 buah sekolah di Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

UBUTLDM3Kadet lelaki dan perempuan menyiapkan kediaman masing-masing
UBUTLDM4
Ucapan daripada Pegawai Memerintah UBU TLDM
UBUTLDM5
Taklimat keselamatan disampaikan oleh BM PAP Rozaimy bin Che Mat

Objektif sebenar program ini, antaranya untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk semangat perpaduan diantara kaum, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni menyemarakan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh jati diri. Antara aktiviti yang telah dijalankan seperti jalan lasak, memasang khemah, kerohanian, pertandingan kawat kaki, bosun call dan laberang.

UBUTLDM6Jurulatih memberi taklimat dan tatacara meniup 'Boatswin Call' 
sebelum pertandingan dijalankan
UBUTLDM7
Kadet bersedia untuk menjalankan aktiviti jalan lasak
UBUTLDM8
Kesemua kadet menempuhi kesemua halangan dengan semangat
UBUTLDM9
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya
memasuki padang kawat untuk diuji
UBUTLDM10
Raptai perbarisan penutup
UBUTLDM11
BK Teng Zhi Yi sedang diuji oleh BM PAP Rozaimy
ketika pertandingan laberang
UBUTLDM12
Kesemua kadet mewakili sekolah masing-masing membuat
persiapan sebelum diuji

Majlis malam akrab dan perbarisan penutup telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Laksamana Pertama Rusli bin Ahmad (Panglima Willayah Laut 3). Pada malam akrab juga Panglima Willayah Laut 3 telah menyampaikan hadiah bagi acara kawat kaki terbaik, Boatswain Call, Laberang (Tali Menali) dan persembahan terbaik.

UBUTLDM13Ketibaan Laksamana Pertama Rusli bin Ahmad Panglima Wilayah Laut 3 
di Majlis Malam Akrab
UBUTLDM14
Persembahan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau
UBUTLDM15
Panglima Wilayah Laut 3 menyampaikan hadiah Naib Johan 
pertandingan kawat kaki

Pada perbarisan penutup juga Panglima Willayah Laut 3 telah menyempurnakan pemakaian pangkat PW I dan PW II, kadet wanita terbaik iaitu PW I Nurin Nadhirah bt Mohd Rizal daripada Sekolah Kebangsaan Pekula Jaya dan kadet lelaki terbaik iaitu BK Ku Iqmal Mustaqim bin Ku Shamsufandi daripada Sekolah Menegah Kebangsaan Dato Onn.

UBUTLDM16Kadet menunggu ketibaan Panglima Willayah Laut 3 Semperna
Perbarisan Penutup Perkhemahan Kebangsaan PKBM (L) Zon Utara

UBUTLDM17
Ketibaan Panglima Willayah Laut 3 disambut oleh
Pegawai Memerintah UBU TLDM dan Pegawai Memerintah RNO Penang
UBUTLDM18UBUTLDM19
Panglima Wilayah Laut 3 memakaikan pangkat PW I dan PW II 
kepada kadet yang terpilih
UBUTLDM21
Panglima Willayah Laut 3 menyampaikan hadiah kepada Kadet Wanita Terbaik
UBUTLDM20
Panglima Wilayah laut 3 menyampaikan sijil penyertaan 
kepada wakil setiap sekolah

Panglima Wilayah Laut 3 berharap semua kadet PKBM (L) dapat mengekalkan tahap disiplin dan maju dalam pelajaran demi masa depan semua.

UBUTLDM22Panglima Wilayah Laut 3 bergambar bersama kesemua 
pegawai dan guru pengiring
UBUTLDM23
Panglima Wilayah Laut 3 bergambar bersama kesemua yang terlibat
dengan Perkhemahan Kebangsaan PKBM (L) Zon Utara

 

Rujukan: 150418/06
Sumber: UBU TLDM
Artikel: Lt Nordin bin Sahab TLDM
Jurufoto: PR UBU TLDM

Last modified on Ahad, 15 April 2018 10:15

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 571

Semalam 587

Bulan ini 8473

Keseluruhan 419919

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM