Apr 15

NAVY PEOPLE MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM DAN WARGA TUA MENERUSI PROGRAM JIWA MURNI HUT TLDM 84

SANDAKAN, 15 April 2018 - Bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-84 (HUT 84) pada bulan ini, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah menganjurkan Projek Jiwa Murni di Rumah Warga Tua Sri Harapan bersama Rumah Anak Yatim Al-Yakin, Sandakan.

Jiwamurni1Navy People menyambut ketibaan anak-anak yatim
dari Rumah Anak Yatim Al-Yakin
Jiwamurni2Suasana dalam majlis ramah mesra Navy People
bersama warga tua dan anak-anak yatim
Jiwamurni3Navy People beramah mesra bersama warga tua
Jiwamurni4Menyelami kisah hidup warga tua
Jiwamurni5
Navy People dari PSTL Sandakan turut serta bersama

Program yang dirasmikan oleh Ketua Staf, Kepten Zahari bin Samsuri itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang Su Pin PSSTLDM yang turut menyumbangkan pebagai barangan elektrik untuk kegunaan Rumah Warga Tua Sri Harapan dan Rumah Anak Yatim Al-Yakin.

Jiwamurni6Ketua Staf menyampaikan cenderahati buat warga tua
Jiwamurni7
Kehadiran Navy People telah mengubat rindu warga tua yang telah uzur

Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala antara TLDM dan warga tua serta anak-anak yatim seterusnya mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain selain dari memupuk semangat setiakawan serta sikap tolong menolong dan bantu-membantu dalam masyarakat.

Jiwamurni8Ketua Staf menyampaikan sumbangan dari Navy People
kepada Rumah Anak Yatim Al-Yakin
Jiwamurni9
Pegawai Memerintah KDSS, Komander Mohd Fazla bin Rahim TLDM
menyampaikan sumbangan daripada ADUN Karamunting (berdiri tengah)

Selain itu program yang melibatkan kerjasama antara unit-unit bawah naungan seperti KD SRI SANDAKAN (KDSS) dan Pasukan Simpan Sukarela TLDM (PSTL) Sandakan ini juga dapat membuka mata masyarakat tempatan terhadap peranan dan sumbangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khasnya TLDM di masa aman atau military operation other than war (MOOTW). Matlamat program juga bertujuan bagi mempromosikan TLDM kepada anak-anak yatim yang bakal meninggalkan zaman persekolahan mereka.

Jiwamurni10Navy People bergambar bersama ADUN Karamunting,
warga tua dan anak-anak yatim

Seramai lebih kurang 60 orang warga tua dan anak-anak yatim telah diraikan dalam program kemasyarakatan TLDM ini. Antara aktiviti lain yang dijalankan sepanjang program adalah seperti cabutan bertuah dan lawatan ke sekitar Rumah Warga Tua Sri Harapan bagi meninjau lagi program yang boleh dilaksanakan bagi membantu meningkatkan keselesaan warga tua di situ. Selain itu, ADUN Karamunting dan Ketua Staf serta warga Navy People turut beramah mesra bersama-sama anak-anak yatim dan warga tua yang hadir.

"TRANSFORMASI PEMACU KECEMERLANGAN"


Rujukan: 150418/07
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM 
Jurufoto: LK I HDI Mohd Saiful Nizam bin Abd Aziz

Last modified on Ahad, 15 April 2018 14:56

HARI TLDM KE - 84

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 353

Semalam 773

Bulan ini 14823

Keseluruhan 412113

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM