Apr 16

MAJLIS REUNION BEKAS KREW PERTAMA FRIGATE 2000 KD LEKIU & KD JEBAT OLEH MARKAS PAB

14 Apr 18 – Majlis reunion krew pertama Frigate 2000 KD LEKIU dan KD JEBAT telah dilaksanakan di Pangkalan TLDM Lumut dengan jayanya. Majlis ini diadakan julung kalinya sejak mula dibina pada tahun 1992 di Yarrow Shipbuilders, Scotland, United Kingdom dan ditauliahkan pada tahun 1999. Tujuan majlis ini dilaksanakan adalah untuk mengenang jasa bakti tim projek dan krew pertama di perantauan dalam pembinaan kedua-dua kapal seterusnya membawa pulang kapal ke tanah air. Majlis ini turut menyuntik ilham dan semangat kepada warga kapal KD LEKIU dan KD JEBAT sekarang untuk meneruskan kesinambungan jasa kepada tanah air.

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.13.18
Bergambar kenang-kenangan bersama Tim Projek dan Kru Pertama

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.13.56
Majlis Tahlil turut diadakan untuk reunion kali perttama ini

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.14.40

Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Badarudin yang merupakan tim projek dan Pegawai Laksana pertama KD JEBAT. YBhg PTL amat berbangga terhadap kesiagaan kedua-dua kapal semasa lawatan reunion berlangsung dan turut menekankan terhadap aspek selenggaraan, kesiagaan dan keselamatan hendaklah sentiasa di tahap tertinggi seperti mana diamalkan secara efisient. YBhg PTL turut menyampaikan pelaksanaan program Royal Malaysian NAVY Transformaion 15 to 5 di kapal. Mantan Pegawai Memerintah pertama KD LEKIU, Laksamana Maritim (B) Datuk Mohd Amdan bin Kurish hadir dalam majlis ini manakala Panglima Markas PAB, Laksamana Madya Dato’ Seri Mohd Roslan bin Mohd Ramli sebagai Penaung Majlis ini adalah merupakan Pegawai Laksana pertama KD LEKIU.

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.15.55
Panglima Tentera Laut memberi cenderehati kepada
Laksamana Maritim (B) Mohd Amdan bin Kurish,
Mantan Pegawai Memerintah Pertama KD LEKIU

WhatsApp Image 2018 04 16 at 17.16.18
Gambar kenangan semasa majlis

Majlis ini turut diraikan bersama keluarga krew pertama kedua-dua kapal. Atur cara majlis ini dimulakan di Serambi Markas PAB dengan jamuan makan tengah hari, bacaan Tahlil dan Sembahyang Asar di Surau Al Fateh. Seterusnya warga krew pertama Frigate 2000 dan keluarga telah melawat KD LEKIU dan KD JEBAT di sebelah petang. Manakala acara di waktu malam disusuli dengan majlis BBQ di Pusat Latihan Kemahiran Air (PLKA) dengan persembahan musikal oleh Gelombang Biru. Secara keseluruhannya majlis reunion bekas krew pertama KD LEKIU dan KD JEBAT telah berjaya dilaksanakan dengan keceriaan warga krew pertama Frigat 2000.

Rujukan: 160418/01
Sumber : Perhubungan Awam Markas Pemeritahan Armada
Artikel : LK PBS MOHD Mubin bin Mohd Salim

Last modified on Selasa, 17 April 2018 04:01

HARI TLDM KE - 84

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 354

Semalam 773

Bulan ini 14824

Keseluruhan 412114

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM