Apr 16

PROGRAM INTERAKSI BERSAMA MEDIA SEMPENA HUT TLDM 84

SANDAKAN, 16 April 2018 – Sempena sambutan Hari TLDM ke-84, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Program Hari Bersama Media bertempat di Kapal Auksiliari TUN AZIZAN (KA TAZ) yang sedang beroperasi di perairan Sandakan. Program interaksi itu telah dirasmikan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), YBhg Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman bin Haji Ayob.

Gambar 1
Jelas terpapar wajah kegembiraan para wartawan apabila
mendapat peluang merasai pengalaman di kapal TLDM

Gambar 2
Pegawai Persenjataan KA TAZ, Lt Juhaizal memberi
taklimat penembakan kepada pengamal media

Gambar 3
Para wartawan tekun mendengar taklimat keselamatan

Gambar 4
KATB 2 (duduk tengah) turut hadir berikan sokongan terhadap
program bersama ADUN Karamunting (duduk kanan)
dan Ketua Staf MAWILLA 2 (duduk kiri)

Dalam program tersebut, pengamal media telah diberi peluang untuk bersama-sama merasai pengalaman melaksanakan latihan penembakan senjata kecil di laut, Program Rakan Maritim (RAKAM) dan interaksi pemimpin setempat bersama komuniti maritim serta promosi Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) kepada bot nelayan tempatan. Program RAKAM dan Aplikasi K3M merupakan inisiatif TLDM dalam mempertingkatkan medium penyampaian maklumat seterusnya memperkasa hubungan dua hala di antara pihak TLDM dan komuniti maritim bagi memperkukuhkan lagi keselamatan perairan maritim negara.

Gambar 5
Ketua Staf MAWILLA 2 turut memberi penerangan tatacara
pengoperasian senjata kecil M4 kepada wartawan yang hadir

Gambar 6
PANGWILLA 2 beramah mesra bersama pengamal media

Gambar 7
Aktiviti penembakan senjata M4

Gambar 8
Penembakan GPMG turut dilaksanakan

Program ini dianjurkan khas bagi meraikan rakan-rakan media termasuk kru-kru penerbitan yang telah banyak berjasa dalam memapar dan memberikan imej positif kepada TLDM khasnya MAWILLA 2. Sasaran program ini juga bagi menunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa kawasan perairan Sandakan adalah selamat dan ini telah meningkatkan keyakinan komuniti maritim terhadap keselamatan perairan maritim negara.

Gambar 9
Pertandingan menembak senjata kecil Glock 17

Gambar 10
Wartawan yang hadir gembira dapat merasai
pengalaman menembak senjata kecil

Dalam ucapan PANGWILLA 2 telah mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pengamal media yang telah banyak membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khasnya TLDM di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZone dalam penyampaian maklumat yang tepat sekaligus membuka mata masyarakat setempat mengenai peranan dan tanggungjawab TLDM di wilayah laut ini. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pegawai Memerintah KA TAZ, Komander Mohamad Hafiz bin Faisal TLDM atas penganjuran program ini dan berharap aktiviti interaksi sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan di antara TLDM dan pengamal media.

Gambar 11
PANGWILLA 2 menyampaikan hadiah kepada
pemenang pertandingan menembak

Gambar 12.JPG
Para pengamal media bergambar bersama
PANGWILLA 2 dan kru KA TAZ

Program ini juga turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang PSSTLDM dan Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2), Brigadier Jeneral Zarondin Md. Amin yang juga Pemerintah Kawalan Operasi dan Taktikal bagi pengoperasian pasukan ATM untuk Op PASIR serta Ketua Staf MAWILLA 2, Kepten Zahari bin Samsuri.

"TRANSFORMASI PEMACU KECEMERLANGAN"

Rujukan : 160418/03
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel : Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM & Lt Ahmad Hanafi bin Fuzi TLDM
Jurufoto : LK I JTP Erick Foo Guan San 

Last modified on Isnin, 16 April 2018 15:11

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 571

Semalam 587

Bulan ini 8473

Keseluruhan 419919

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM