Apr 16

PENGLIBATAN TLDM DI PAMERAN DEFENCE SERVICES ASIA (DSA) 2018

KUALA LUMPUR, 16 Apr – Pameran Defence Services Asia 2018 (DSA 2018) merupakan pameran industri pertahanan yang terulung di rantau ini. Walaupun pameran ini lebih menjurus kepada elemen pertahanan darat, kehadiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilihat sebagai komponen penting dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan turut diberi perhatian oleh Jawatankuasa Penganjur bagi memastikan penganjuran pameran ini memberi impak yang maksimum kepada semua pihak. TLDM turut terlibat di dalam penganjuran DSA yang terdahulu namun pada sesi kali ini, Segmen Maritim melalui penyertaan pameran diperkenalkan bagi menarik lebih banyak penyertaan.

1
Timbalan Menteri Pertahanan ketika merasmikan DSA 18

2
Dato’ Seri Hishammuddin, Menteri Pertahanan melancarkan
Aplikasi K3M 2.0 SEALERT di Booth pameran TLDM

3
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman, Panglima Tentera Laut
memberi penerangan kepada YAB Perdana Menteri
mengenai kapal LMS TLDM yang sedang dalam pembinaan

Penglibatan angkatan laut negara luar adalah terhad kepada penyertaan delegasi sebagai tetamu bagi menghadiri pameran tersebut. Seramai 5 orang Panglima Tentera Laut (PTL) dan 18 orang wakil PTL telah mengesahkan kehadiran.

4
Pameran DSA 18 yang diadakan ini memberi peluang untuk
mendapatkan perkembangan terkini tentang industri pertahanan

5
Antara pegawai tentera dari luar negara yang hadir menyaksikan pameran DSA 18

6
Berpeluang meninjau teknologi terkini dari
syarikat yang mengambil bahagian

Konsep pameran TLDM bagi DSA 2018 adalah bertemakan Program Transformasi TLDM yang dikenali sebagai RMN Transformation Programme #15to5. Sepanjang pameran, TLDM turut berkongsi maklumat berkenaan pendekatan inovatif yang digunakan bagi menyokong program ini selaras dengan penekanan hala tuju Kementerian Pertahanan dari aspek Kesiagaan, Keselamatan dan Diplomasi Pertahanan. Ruang pameran RMN’s Pavillion bakal mengadakan Demonstrasi Aplikasi Kesedaran, Keselamatan dan Komuniti (K3M) 2.0 (SEALERT). K3m 2.0 adalah penambahbaikan daripada K3M 1.0 dan akan berfungsi bermula akhir bulan Mei. Sehingga kini, terdapat 7,140 pengguna aplikasi tersebut. Secara tidak langsung, pameran ini juga dapat memberi pendedahan kepada delegasi luar yang berkunjung di samping memberikan idea kepada pengeluar industri berkaitan peranan dan sumbangan yang dapat dikongsikan bagi menjayakan DSA 2018.

Rujukan: 160418/04
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik MkTL
Artikel & Jurufoto : Cawangan Komunikasi Strategik MkTL

Last modified on Isnin, 16 April 2018 15:29

HARI TLDM KE - 84

AUDIT KESIAPSIAGAAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 354

Semalam 773

Bulan ini 14824

Keseluruhan 412114

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM