Jul 08

JALINAN SILATURRAHIM DIRASAI DI RUMAH TERBUKA BINTARA

SANDAKAN, 7 Julai 2018 – Bertempat di kediaman Rumah Keluarga TLDM (RKTLDM) Taman Samudera, telah berlangsung Sambutan Rumah Terbuka yang merupakan gabungan tiga perayaan besar masyarakat Sabah iaitu Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 1439H, Pesta Kaamatan dan Pesta Gawai 2018. Sambutan yang dilihat sangat unik dan meriah ini merupakan anjuran bersama Blok-Blok Bintara RKTLDM Taman Samudera.

Majlis yang berlangsung turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), YBhg Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam dan isteri Datin Kalaiarasi Subramaniam. Turut hadir Timbalan Panglima, Kepten Zahari bin Samsuri TLDM dan isteri, para pegawai serta warga Navy People Sandakan bersama seisi keluarga.

Gambar 1PANGWILLA 2 hadir bersalaman dengan warga Navy People

Majlis yang bermula dari jam 8.00 sehingga 11.00 malam itu diserikan dengan pelbagai juadah enak dan amat menyelerakan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Matlamat Ketua Penganjur, Pegawai Waren Markas, PW I TMK Saiful Rizal Bin Kamaludin agar majlis sambutan ini dapat mencerminkan suasana Hari Raya seperti di kampung halaman khasnya buat mereka yang tidak berkesempatan pulang berhari raya pada 1 Syawal yang lalu.

Gambar 2Warga yang hadir menikmati juadah yang telah disediakan
Gambar 3
Kemeriahan dirasai oleh para tetamu
Gambar 4
Datin Kalaiarasi turut hadir menyeri dan menceriakan majlis
Gambar 5
ADMIRAL ON DECK…PANGWILLA 2 beramah mesra bersama
Navy People Sandakan
Gambar 6
Datin Kalaiarasi bergambar bersama ahli BAKAT (LAUT) Sandakan
Gambar 7
PANGWILLA 2 bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir

Majlis seumpama ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan persaudaraan selain menjadi platform bagi memperkukuhkan semangat esprit de corps sesama Navy People Sandakan dari pelbagai bangsa dan agama. Semoga majlis sebegini terus diadakan pada masa-masa yang akan datang.

 

Rujukan: 080718/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: LK TLS Nik Amirruddin bin Nik Par
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin bin Nik Par

Last modified on Ahad, 08 Julai 2018 13:40

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 569

Semalam 587

Bulan ini 8471

Keseluruhan 419917

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM