Jul 08

KD TODAK MENYANTUNI PENDUDUK KAMPUNG MAKUOU TUNGKU

LAHAD DATU, 8 Julai 2018 – Kapal Diraja TODAK (KD TODAK) telah melaksanakan Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM) dan Inisitif Bertanya Khabar (IBK) di Pantai Perapat bersama penduduk tempatan semasa melaksanakan penugasan di Kawasan Operasi Maritim (KOM) berdekatan perairan Lahad Datu. Pantai yang luas, cantik dan bersih ini terletak di Kampung Makuou Tungku yang terletak kira-kira 5 batu nautika selatan Tanjung Tungku dan mempunyai kapasiti seramai 500 orang penduduk yang berbangsa Bajau dan Suluk. Kesemua penduduk kampung tersebut beragama Islam dan majoriti pekerjaan mereka adalah nelayan serta penternak gamat.

Tim Mendarat (landing party) KD TODAK diketuai oleh Pegawai Laksana kapal telah dihantar untuk melaksanakan IBM dan IBK bersama wakil Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di pantai tersebut. Penerangan mengenai Rakan Maritim (RAKAM) dan penggunaan sistem Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) turut disampaikan kepada wakil JPAM serta penduduk kampung.

Gambar 1Penerangan Aplikasi K3M oleh Pegawai Laksana kepada
wakil JPAM yang bertugas
Gambar 2
Pegawai Laksana menyerahkan brosur K3M kepada wakil JPAM
Gambar 3
Wakil penduduk tempatan tekun mendengar penerangan
Aplikasi K3M dan RAKAM

Kru KD TODAK turut berikteraksi bersama penduduk kampung dengan mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Navy People dengan penduduk setempat di samping meningkatkan kecergasan dan kecerdasan walaupun ketika sedang beroperasi di laut dalam tempoh penugasan yang agak panjang. Inisiatif sebegini amat baik kerana ianya dapat meningkatkan lagi imej positif TLDM di mata masyarakat khasnya rakyat Sabah.

Gambar 4Interaksi Bola Tampar bersama pengunjung Pantai Perapat

Selesai berinteraksi, KD TODAK meneruskan penugasan ke KOM bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan pantai timur Sabah agar kemakmuran serta keamanan negara yang dikecapi terus kekal selamanya.

Gambar 5Pemandangan dari Pantai Perapat. KD TODAK sedang melaksanakan
penugasan di KOM


"KEBAJIKAN MASYARAKAT DIPELIHARA, KESIHATAN WARGA TLDM TERPELIHARA "



Rujukan: 080718/02

Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 - KD TODAK
Artikel: Lt Dya Aiman Haziq bin Kamarudin TLDM
Jurufoto: LK I KOM Mohammad Syahrul Syahfiq bin Mohamad

Last modified on Ahad, 08 Julai 2018 14:11

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 569

Semalam 587

Bulan ini 8471

Keseluruhan 419917

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM