Jul 09

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERINGKAT MARKAS TENTERA LAUT KUKUH IKATAN KEKELUARGAAN DAN PERPADUAN THE NAVY PEOPLE

KUALA LUMPUR 7 Jul – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TLDM 2018 telah diadakan bertempat di KD SRI GOMBAK. Suasana majlis amat meriah dengan kehadiran para tetamu yang terdiri daripada the Navy People bersama ahli keluarga dan mantan-mantan Pucuk Pimpinan Tertinggi TLDM serta pesara-pesara dari jauh dan dekat.

Majlis seumpama ini menjadi medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim selain sebagai jambatan mengeratkan tali persaudaraan dan menjamin ikatan perpaduan ke arah hubungan yang lebih kukuh dan dinamik. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan oleh Pucuk Pimpinan Tertinggi TLDM agar sistem kekeluargaan sentiasa wujud dalam kalangan Navy People demi kesejahteraan. Tanpa konsep rumah terbuka yang dilaksanakan pada setiap tahun ini, hubungan silaturahim dan perpaduan akan pudar sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang dari pandangan generasi akan datang.

Selaku tuan rumah, Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin dan YBhg Puan Sri Noor Azrina bte Abdullah ceria melayani tetamu yang hadir. Kanak-kanak yang hadir turut menerima sumbangan duit raya daripada Panglima Tentera Laut dan isteri.

VD1Perasmian majlis oleh Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bersama
mantan-mantan Panglima Tentera Laut yang hadir
VD2
Kanak-kanak gembira menerima duit raya daripada
Panglima Tentera Laut dan isteri
VD3
Majlis diserikan dengan kehadiran veteran TLDM termasuk
Lt Kdr (B) Mohd Sharif bin Kalam

Persembahan yang memukau daripada Badan Kesenian TLDM menerima pujian tetamu yang hadir. Lagu-lagu popular Hari Raya turut dimain serta dinyanyikan sepanjang majlis berlangsung bagi menyuntik kegembiraan suasana hari raya. Gerai-gerai yang menyajikan pelbagai aneka juadah enak seperti lemang, ketupat, lontong, nasi minyak dan sate turut menarik perhatian tetamu.

VD4Persembahan Badan Kesenian TLDM menghiburkan tetamu yang hadir
VD5
Panglima Angkatan Tentera turut meluangkan masa hadir ke
Rumah Terbuka Markas Tentera Laut
VD6
Warga komuniti ketenteraan asing juga menjadi jemputan ke KD SRI GOMBAK

Penganjuran rumah terbuka ini memberi impak yang penuh dramatik dalam kalangan tetamu yang hadir lebih-lebih lagi apabila dapat bertemu semula dengan rakan-rakan yang telah lama terpisah. Pertemuan manis ini dapat mengimbau kembali kenangan-kenangan semasa berkhidmat satu ketika dulu. Realitinya, majlis hari ini menyimpul memori yang amat bermakna untuk dikenang oleh para tetamu yang hadir dan ia sangat dirasai sehingga ke akhir majlis.


Pautan media sosial:
Facebook : https://www.facebook.com/RoyalMalaysianNavy/videos/1842013999189933/

 


Rujukan: 090718/01 
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel: Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Jurufoto: Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Last modified on Isnin, 09 Julai 2018 07:50

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 569

Semalam 587

Bulan ini 8471

Keseluruhan 419917

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM