Jul 10

MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA BARAT TERIMA PANGLIMA ARMADA BARAT KE 23; LAKSAMANA MADYA DATO’ PAHLAWAN HJ MOHAMAD ADIB BIN ABDUL SAMAD

Lumut, 10 Julai – Majlis Serah Terima Tugas Panglima Armada Barat ke-23 telah berlangsung di Serambi Markas Pemerintahan Armada Barat hari ini. Majlis penuh bermakna telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin. Majlis turut dihadiri oleh warga Navy People yang berkhidmat di sekitar Pangkalan TLDM Lumut.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya dengan penuh semangat oleh kesemua warga Navy People yang hadir. Majlis penuh bersejarah ini dimulakan dengan Upacara Tandatangan Sijil Serah Terima Tugas di antara Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis dan Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Mohamad Adib bin Abdul Samad. Seterusnya, Panglima Tentera Laut telah menyempurnakan Upacara Penurunan dan Pemakaian Insignia Pemerintah serta menyaksikan penyerahan simbolik pertukaran kuasa memerintah.

Gambar 1PTL menyaksikan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas antara
Laksamana Muda Abu Bakar dan Laksamana Madya
Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib
Gambar 2
Upacara Pemakaian Insignia Pemerintah oleh PTL kepada PAB
Gambar 3.1

Gambar 3.2Penyerahan simbolik pemerintahan dan cenderahati

Dalam ucapan beliau, Panglima Tentera Laut mengharapkan agar dengan kepimpinan terbaharu ini, Markas akan terus mencipta kejayaan dan meningkatkan prestasi yang baik sepertimana yang ditinggalkan oleh legasi pemerintah sebelumnya. Beliau turut menyatakan rasa bangga dan mengajak kesemua warga untuk sama berganding bahu dan memberi sokongan terhadap pemerintah terkini agar tiada yang ketinggalan dalam era Transformasi TLDM.

Laksamana Madya Hj Mohamad Adib kemudiannya diiringi ke pejabat baharu beliau oleh Timbalan Panglima Armada Barat bersama Asisten-asisten Ketua Staf dan Pegawai-pegawai Kanan. Bacaan doa oleh Ustaz Mejar Haji Fauzi bin Mohamed menutup majlis dan menyempurnakan sambutan kehadiran Panglima Armada Barat yang baharu. Intipati doa agar Markas beroleh kerahmatan daripada Yang Maha Esa dan serta diberi kemudahan dalam setiap urusan dan kejayaan yang diraih, baik pada masa kini, atau masa hadapan.

Gambar 4Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib mengaminkan doa yang
dibacakan Mejar Ustaz Hj Fauzi
Gambar 5
Ramah mesra antara PAB baharu bersama Timbalan dan
Ketua Pegawai Staf MPAB

 

Rujukan: 100718/02
Sumber: Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Artikel: Pejabat Perhubungan Awam MPAB
Jurufoto: Pejabat Perhubungan Awam MPAB

Last modified on Selasa, 10 Julai 2018 06:59

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 569

Semalam 587

Bulan ini 8471

Keseluruhan 419917

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM