Jul 10

LATIHAN TEMPATAN BERSAMA PSTL KUCHING DAN PLASTLDM POLITEKNIK KLUCHING SARAWAK

KUCHING, 7 JULAI 2018 - Pasukan Simpanan Tentera Laut Kuching telah mengadakan Latihan Tempatan bersama dengan PLASTLDM Politeknik Kuching, Sarawak yang bertempat di Padang Kawad Politeknik Kuching Sarawak, Latihan ini bermula pada jam 0830H dan tamat pada jam 1230H.

1Taklimat Ringkas Daripada Pegawai Perbarisan
2Perbarisan (KAWAD)

Latihan ini telah dihadiri seramai 57 orang anggota termasuk Pegawai dan lain-lain pangkat. Bagi pihak PSTL Kuching, ianya diketuai oleh Lt Kenny Wong manakala pihak PLSTLDM Politeknik Kuching Sarawak pula diketuai oleh Lt Ahmad Nasir Mohamad Noor selaku Pegawai Penyelaras PLASTLDM Politeknik Kuching Sarawak antara lain objektif latihan ini dirancang dan diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesamaan aktiviti serta menyelaras aktiviti-aktiviti rutin anggota-anggota baik kepada anggota PSTL maupun PLASTLDM serta aktiviti seumpama ini juga diharap dapat meningkatkan lagi perhubungan di antara pentadbiran PLASTLDM Politeknik Kuching serta PSTL KUCHING khususnya tempat latihan atau urusan-urusan logistik.

3

4Latihan

Selain itu, menurut Pegawai Penyelaras PLASTLDM Kuching, Lt Ahmad Nasir Mohamad Noor latihan bersama ini juga menjadi platform untuk kerjasama yang lebih erat serta digunakan sepenuhnya untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik pada masa hadapan dan menurut beliau, PLASTLDM Politeknik sentiasa mengalu-alukan latihan seumpama ini demi kebaikan warga PLSTLDM Politeknik Kuching Sarawak dan PSTL Kuching.


Rujukan: 100718/03
Sumber: PR PSTL Kuching
Artikel: Lt Muda Ahmad Najid bin Wahid PSSTLDM
Jurufoto: Lt Muda Ahmad Najid bin Wahid PSSTLDM

Last modified on Selasa, 10 Julai 2018 08:01

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 569

Semalam 587

Bulan ini 8471

Keseluruhan 419917

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM