Jul 11

SAMBUTAN RAYA TMP 11/18 ERATKAN TLDM & TLF

LAHAD DATU, 10 Julai 2018 - Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya bersempena pertemuan Trilateral Maritime Patrol (TMP) 11/18 antara Kapal Diraja TODAK (KD TODAK) dengan kapal Tentera Laut Filipina (TLF), BRP MIGUEL MALVAR hari ini. Majlis sambutan hari raya yang telah diadakan di atas Kapal Auksiliari TUN AZIZAN (KA TAZ) itu telah dihoskan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam.

Gambar 1KD TODAK melaksanakan latihan Taktikal Manuver (MANTAK)
bersama BRP MIGUEL MALVAR
Gambar 2PANGWILLA 2 menyambut ketibaan Pegawai Laksana BRP MIGUEL MALVAR,
Lt Cdr Richard T Rosales PN

Majlis Sambutan Hari Raya tersebut memperlihatkan interaksi antara kru kedua-dua buah kapal dan komuniti setempat bagi mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama antara TLDM, TLF dan komuniti maritim di Lahad Datu. Pelbagai juadah dan hidangan serta kuih-muih tradisional disediakan bagi menyambut tetamu istimewa dari negara jiran tersebut. Majlis Hari Raya ini turut disertai oleh rakan-rakan dari Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (Mk ATB2), Malaysia Maritime Command Centre (MMCC), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin Lahad Datu, Pengurusan FELDA Sahabat dan juga ketua-ketua kampung berdekatan.

Berucap ketika majlis berkenaan PANGWILLA 2 berkata, Malaysia adalah sebuah negara maritim dan TLDM telah diberi mandat untuk melindungi kedaulatan dan kepentingan perairan Negara Malaysia. “Cabaran yang TLDM hadapi adalah dari segi ancaman bukan tradisional dan rentas sempadan terutama di perairan pantai timur Sabah yang memiliki persisiran pantai yang panjang. Walaupun inisiatif TMP masih baharu namun ia telah menghasilkan impak yang memberansangkan di mana tiada insiden pencerobohan dan penculikan yang telah berlaku semenjak awal tahun 2017 hingga hari ini. Ia juga mempamerkan peningkatan di dalam tahap kepercayaan dan keyakinan di antara kedua-dua tentera laut dan negara di dalam mengurus cabaran keselamatan maritim secara bersepadu”.

Gambar 3Ucapan alu-aluan daripada PANGWILLA 2
Gambar 4
Asisten Ketua Staf Material, Laksma Mohd Ridzuan Hamzah (kanan) dan
wakil Pengurusan FELDA Sahabat (kiri) turut hadir ke
Majlis Sambutan Hari Raya TMP 11/18
Gambar 5
Pelbagai juadah tradisi disediakan buat rakan-rakan dari Filipina dan
tetamu yang hadir
Gambar 6
Ketua-ketua kampung sekitar Lahad Datu hadir memeriahkan majlis
Gambar 7
Kemeriahan Syawal masih dirasai

“Selain itu, pertemuan TMP sebegini diharap dapat meningkatkan keyakinan masyarakat setempat dan antarabangsa ke atas keupayaan negara Malaysia dan Filipina mengurus isu keselamatan terutamanya di pantai timur Sabah. Pihak TLDM khasnya MAWILLA 2 bersama rakan operasionalnya juga tidak akan berkompromi terhadap aspek keselamatan dan akan terus meningkatkan kesiagaan serta pengawasan di perairan pantai timur Sabah,” tambah beliau ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan.

PANGWILLA 2 dalam pada itu juga turut menyarankan agar penduduk yang tinggal dan berada di sepanjang Kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone) ini agar memuat turun Aplikasi Kesedaran Keselamatan Komuniti Maritim (K3M) yang boleh didapati di Google Play dan App Store di telefon pintar masing-masing untuk bantuan keselamatan di laut yang berkesan.

Gambar 8Sahabat dari TLF memuji masakan tradisi Malaysia khas sate dan kuah kacang
Gambar 9
Rakan-rakan media yang hadir menyokong majlis
Gambar 10
PANGWILLA 2 bertukar pandangan bersama Pegawai Laksana
BRP MIGUEL MALVAR. Turut sama Pegawai Memerintah KD TODAK,
Lt Kdr Ahmad Zaki Ismail TLDM
Gambar 11
Interaksi bersama kru BRP MIGUEL MALVAR

Pertemuan pada kali ini merupakan pertemuan ketiga KD TODAK semenjak TMP dilancarkan dan yang pertama buat BRP MIGUEL MALVAR serta KA TAZ. Barko ng Republika ng Pilipinas (BRP) MIGUEL MALVAR yang dikepalai oleh Commander Jonathan A. Savilla PN merupakan kapal jenis Korvet yang dibina dan ditauliahkan di Amerika Syarikat pada 26 Mei 1944 dan kemudiannya diserahkan kepada Vietnam Selatan ketika perang saudara seterusnya ditauliahkan ke dalam inventori TLF pada April 1976. Selesai pertemuan, ketiga-tiga kapal tersebut kembali meneruskan rondaan di perairan negara masing-masing.

Gambar 12PANGWILLA 2 menyerahkan cenderahati kepada Pegawai Laksana
BRP MIGUEL MALVAR
Gambar 13
BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH...Sesi bergambar PANGWILLA 2 bersama
kru BRP MIGUEL MALVAR dan pasukan sahabat sekitar ESSZone

 

 

Rujukan: 110718/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM
Jurufoto: LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi bin Hamdan

Last modified on Rabu, 11 Julai 2018 07:49

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 569

Semalam 587

Bulan ini 8471

Keseluruhan 419917

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM