Jul 12

LAWATAN PANGWILLA 2 TINGKATKAN MORAL NAVY PEOPLE PL TSR

LAHAD DATU, 11 Julai 2018 – Pangkalan Laut TUN SHARIFAH RODZIAH (PL TSR) menerima delegasi lawatan rasmi daripada Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), YBhg Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Panglima Logistik Timur (PANGLOT), Laksamana Pertama Ir. Ow Kiat Bin; Asisten Ketua Staf Material, Laksamana Pertama Hj. Mohd Ridzuan Hamzah dan Pengarah Pengurusan Kejuruteraan (PP JUTRA), Kepten Ir. Franklin Jayasekhar Joseph TLDM. Delegasi telah disambut oleh Pegawai Memerintah PL TSR, Komander Khairuddin bin Mohd Paudzi TLDM dan warga PL TSR.

Gambar 1Ketibaan Delegasi di PL TSR
Gambar 2
Sesi Bergambar Delegasi bersama Warga PL TSR

Lawatan yang merupakan julung kalinya buat PANGWILLA 2 ini bertujuan untuk meninjau keadaan semasa pengoperasian serta tahap kesiagaan PL TSR. Pelbagai isu telah dibangkitkan antara delegasi dan kepimpinan PL TSR. Isu tersebut dibincangkan bagi mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua pihak. Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi yang hadir untuk menyaksikan sendiri pengoperasian PL TSR yang terletak di tengah-tengah Laut Sulu berhampiran sempadan Malaysia-Filipina.

Gambar 3Lawatan oleh Delegasi di Rumah Masak
Gambar 4
PANGWILLA 2 memberi penerangan tentang keselamatan penggunaan HMG
Gambar 5
Taklimat Operasi dan Kesiagaan PL TSR di Bilik Mesyuarat

Selain itu ianya juga berada di laluan berdekatan dengan Kepulauan Sitangkai, Tawi-Tawi yang sering menjadi ancaman kepada penyusupan jenayah rentas sempadan. Kehadiran pasukan keselamatan khasnya Navy People yang berjaga tidak mengira waktu di PL TSR telah berjaya mengurangkan aktiviti jenayah serta berjaya mengekang kejadian penculikan di perairan negara.

Dalam rangka lawatan tersebut juga, PANGWILLA 2 turut memakaikan pangkat kepada Bintara Kanan (BK) BDI Steven anak Jawoi. Anggota telah dinaikkan pangkat ke Pegawai Waren II mulai 1 Julai 2018. Anggota juga merupakan salah seorang kru pertama yang masih setia berkhidmat di PL TSR.

Gambar 6Pemakaian pangkat oleh PANGWILLA 2
Gambar 7
Lawatan PANGLOT dan PP JUTRA melihat Janakuasa Utama PL TSR

Delegasi turut memberi peluang kepada warga PL TSR bagi menyuarakan masalah sepanjang bertugas di sini. Sesi sebegini sangat baik untuk mendekat dan mengeratkan perhubungan di antara pengurusan tertinggi TLDM dengan warga PL TSR disamping dapat meningkatkan moral Navy People yang bertugas jauh di tengah-tengah samudera raya.

 

Rujukan: 120718/01
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2 – PL TSR
Artikel: Lt Dya Afdhal bin Kamarulzaman TLDM
Jurufoto: LK I JTP Wan Fakir bin Wan Zaili

Last modified on Khamis, 12 Julai 2018 00:35

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 569

Semalam 587

Bulan ini 8471

Keseluruhan 419917

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM