Jul 12

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA WILAYAH LAUT 1

KUANTAN, 12 Jul 18 - Peralihan tampuk kepimpinan Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) telah disempurnakan secara rasmi dalam satu Majlis Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1) di Auditorium Al-Haimi hari ini. Majlis bersejarah ini menyaksikan penyerahan pemerintahan MAWILLA 1 oleh Pemangku PANGWILLA 1 Kepten Muhamad Shakir bin Salleh TLDM kepada peneraju sebenar, Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Ajis untuk meneruskan kelangsungan dan kecemerlangan MAWILLA 1. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Samudera Raya. Sejurus itu, acara diteruskan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Panglima Armada Barat (PAB), YBhg Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Hj Mohamad Adib bin Abdul Samad. PAB kemudiannya telah menyempurnakan upacara penurunan insignia mantan Pemangku PANGWILLA 1 dan pemakaian insignia kepada PANGWILLA 1 yang baru.

1
PAB menyaksikan upacara menandatangani
Sijil Serah Terima Tugas PANGWILLA 1
2

3Upacara Penurunan dan Pemakaian Insigna Pemerintah oleh PAB
4

5Penyerahan simbolik pemerintahan

Seterusnya majlis dilangsungkan dengan upacara Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT MAWILLA 1 di antara bekas Pengerusi iaitu Puan Umi Kalsom binti Tawal kepada Pengerusi baru, Puan Mazuiyah binti Mohd Dom yang disaksikan oleh Datin Hjh Saadiah binti Hj Ibrahim. PAB kemudiannya telah menyampaikan ucapan dan menyuarakan harapan beliau agar MAWILLA 1 terus gagah menongkah arus cabaran yang mendatang di masa hadapan dan memberikan sokongan yang berterusan kepada PANGWILLA 1 yang baru. Majlis tersebut telah diakhiri dengan bacaan doa bagi memohon kemudahan dan keberkatan sempena majlis yang telah dilaksanakan.

6

7

8Sesi bergambar kenang-kenangan
9
PANGWILLA 1 mengaminkan doa yang dibacakan oleh
Mejar Mohd Ramli bin Mustafa
10
Ramah mesra antara PANGWILLA 1 bersama Pegawai-pegawai Memerintah
dan Ketua-ketua Jabatan

 

 

Rujukan: 120718/02
Sumber: Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Artikel: Komunikasi Strategik MAWILLA 1
Jurufoto: BM PRL Muhaymin
              LK PBS Nizam

Last modified on Khamis, 12 Julai 2018 09:11

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 569

Semalam 587

Bulan ini 8471

Keseluruhan 419917

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM