Jul 12

MEMPERKASAKAN KERJASAMA OPERASI MARITIM TLDM-APMM SANDAKAN

SANDAKAN, 12 Julai 2018 – Satu Mesyuarat Kerjasama Operasi Maritim Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) pada pagi ini.

Gambar 1Mesyuarat sebegini dapat memperkasakan kerjasama
operasi maritim TLDM dan APMM

Mesyuarat yang telah dipengerusikan bersama Ketua Bahagian Operasi dan Peperangan (KBOP) MAWILLA 2, Komander Ahmad Sani Zakaria TLDM dan Ketua Zon Maritim Daerah Sandakan (DM17), Komander (M) Mohd Khairul Anuar Abdul Majid @ Razali merupakan insiatif Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2), Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam dalam perbincangan bersama pegawai-pegawai MAWILLA 2 sebelum ini. Perbincangan pada pagi ini adalah bagi mengoptimum serta memperkasakan kerjasama operasi maritim antara dua agensi keselamatan maritim tersebut khasnya di wilayah Sandakan.

Gambar 2Kata-kata aluan dari Pengerusi Bersama, KBOP MAWILLA 2 (kiri)
dan Ketua DM 17 (kanan)

Antara perbincangan yang diadakan adalah mengenai koordinasi serta penetapan skop kerjasama operasi antara MAWILLA 2 dan APMM DM 17. Taklimat dimulakan dengan perkongsian serta pertukaran maklumat operasi dan perisikan antara kedua-dua agensi terlibat. Selain itu, mesyuarat juga telah membincangkan aktiviti dan kerjasama lain yang boleh dilaksanakan bersama oleh TLDM dan APMM seperti aktiviti kemasyarakatan, program jiwa murni dan acara sukan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kedua-dua agensi ini.

Gambar 3Sesi perbentangan dari wakil MAWILLA 2
Gambar 4
Perbincangan dan pertukaran pandangan turut dibuka kepada ahli mesyuarat

Kerjasama operasi maritim ini merupakan cetusan idea Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj. Ahmad Badaruddin memandangkan kedua-dua agensi kerajaan ini melaksanakan tugas dan operasi yang hampir sama bagi membasmi serta membendung aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan. Kerjasama operasi sebegini juga diwujudkan bagi mengerat serta mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara TLDM dan APMM di Sandakan.

Melalui inisiatif ini, pihak MAWILLA 2 dan APMM DM 17 amat yakin ianya akan dapat memberi impak yang tinggi dan positif terhadap keselamatan maritim kepada penduduk tempatan amnya dan komuniti maritim Sandakan khasnya.

Gambar 5Bergambar kenang-kenangan sempena mesyuarat julung kalinya di Sandakan

 

Rujukan: 120718/03
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: Lt Muhammad Danial bin Mohamad Rahim TLDM
Jurufoto: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
              LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi

Last modified on Khamis, 12 Julai 2018 09:25

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 569

Semalam 587

Bulan ini 8471

Keseluruhan 419917

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM