Jul 12

BOT UTARID MEMPERKASAKAN AKTIVITI PELAYARAN MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA TIMUR

Kota Kinabalu, 9 Jul 2018 – Satu acara sambutan diadakan pada hari ini di Fasiliti Persatuan Perahu Layar PTKK, Pulau Udar. Sambutan ini menandakan tamatnya pelayaran 15 hari bermula pada 25 Jun 18 dari Lumut. Acara sambutan dirasmikan oleh Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Ir. OW Kiat Bin.

1Panglima Logistik Timur menyambut tali tambatan Bot Utarid
2
Sesi Bergambar kru Utarid bersama Panglima Logistik Timur

Ketibaan Bot Layar Utarid dapat memperluaskan aktiviti pelayaran di kalangan warga PTKK dan juga memberi peluang kepada Markas Pemerintahan Armada Timur untuk berinteraksi dengan orang awam melalui sukan pelayaran yang dianjurkan oleh Persatuan Pelayaran Kota Kinabalu.

Pelayaran Bot Layar Utarid ke PTKK disertai oleh 15 orang pelayar yang diketuai oleh Lt Kdr Hamdan bin Mohd Shamsuddin TLDM dan dibantu oleh Lt Kdr Mohd Hanif bin Husain TLDM.

3Ketua Pelayaran menerima jambangan coklat sebagai penghargaan

 

Rujukan: 120718/04
Sumber: Komunikasi Strategik Armada Timur
Artikel: Komunikasi Strategik Armada Timur
Jurufoto: LK I TLS Hakimi

Last modified on Khamis, 12 Julai 2018 09:38

HARI INOVASI TLDM

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 569

Semalam 587

Bulan ini 8471

Keseluruhan 419917

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM